22 August 2011

Majnun itu gila~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ini post lama. Sengaja re-post.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Angin tiada. Panas terik. Hangat dan bahang. Rimas!

" Kenapa kau tersenyum manis?"

" Kau tak nampak? Itu Laila"

Berkerut.

"Itu bukan Laila. Itu tiang seri"

"Tak. Itu Laila,"

"Yang mana satu deh"

"Itu..Kau tak nampak? Manis sekali senyumannya"

" Itu pokok,"

" Itu lah, perhati betul-betul"

" Itu kucing"

" Tidak, cuba perhati dengan hati. Laila sedang bersimpuh penuh berseri"

"Aku perhati dengan mata. Tetap tiada"

"Jadi, Kau harus belajar melihat dengan hati"

" Lalu harus bagaimana aku bisa meneropong dengan hati?"

"Ohh manis sekali senyumanmu Laila,"

"Aku serius bertanya ni"

" ..dan aku juga serius menyatakan hal Laila ini. Dia benar-benar wujud di depan itu"

" Jadi, tunjukkan aku caranya untuk aku bisa melihat Laila?"

" Ah. Hatimu langsung tak terbekas ingatan tentangnya, jadi bagaimana pula kau ingin lihat dia alam mata kasar ini?"

" Maksudmu?"

" Laila sudah sebati di alam tak nampak ku. Tawanya, liriknya, desahnya, nafasnya sudah bersatu dengan melodi hatiku, segalanya sudah bersatu. Maka, ke mana juga aku di campak, di situ juga Laila hadir"




"Ah. Kau gila bayang!"

" Aku tak gila kan bayangnya. Aku gilakan Laila"

"Ah. Memang kau dah gila!"

" Bila lubuk atma kau di rasuk satu cinta, pasti engkau juga akan jadi gila"

" Aku waras. Aku sedar di mana limitasi aku"

" Engkau belum merasa. Hati belum pernah di rajut cinta, jadi harus bagaimana untuk aku tunjukkan jalannya? Sekali hati terikat kemas, baru akhirnya engkau sedar, bahawasanya cinta ini bisa membuat kau gila"

"Heh..sudahlah."

" Tak percaya? Itu di kiriku Laila. Di kanan ku Laila. Di atas ku Laila. Di depan, di bawah, di situ, di sini, ah semuanya di penuhi Laila"

" Majnun, kamu gila"


Bebelan Mutiara :

1) Sedari petang tadi membiar sebuah blog terbuka semata-mata mahu mendengar lagu2 nya. Tak tahu maksudnya apa, tetapi melodi violin dan lagu Ai junto tu buat hati saya jadi warna pink. Dan akhirnya keluar entri ni.
2) Jika hati langsung tak terbias sedikit pun ingatan kepada 'sesuatu@seseorang' lalu bagaimana mampu untuk kita menzahirkan 'rasa' ini di alam benar.
3) Ada manusia, yang duduk, bangun, baringnya 'melihat' kebesaran Allah.
4) Jum sama-sama didik diri untuk mencintai Allah segilanya malah lebih gila dari cinta Majnun kepada Laila.
5) Penulisan di tulis dengan Mode Mutiara Yang Jatuh Cinta. Jadi, penulisan macam terbang-terbang sedikit.
6) Gambar ihsan dr Pak Cik Google. Tengs!
7) Majnun dalam bahasa arab adalah Gila
8) Sori, terpanjang bebel!


Kerana di setiap udara yang di sedut, kerana di setiap apa yang mengelilingi diriku, di sana akan aku jumpai kebesaran ALLAH yakni Sang Pencipta  yang senantiasa mendengar pada setiap doa-doa ku...[MutiaraBernilai:2010]


 
.. dan sehingga tiada yang kita nampak, melainkan Allah swt..
*Big Hug*
Nah, ini untuk kamu!



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)
 
Sayang slalu!
Mutiara Yang Jatuh Cinta

Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

79 org kaki bebel buat bising:

intan.maisarah said...

indahnya hati
tenanga nya jiwa

jika didakap cinta
cinta indah

cinta pada yang esa

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

teringin nak merasa keindahan cinta tu dalam hati ni dear..

tapi, tak tahu mampu atau takk..

cikcleopatra said...

aduh..bagus betol entry nie..syahdu.

HEROICzero said...

cantik.

dan cinta buat kita rasa gila kan. peduli orang kata, terus2 saja. =)

Afida Anuar said...

Ya Allah my dear mutiara.. terkesan sekali hati fida baca entry ni... moga kita dapat jadi 'Majnun' yang cintakan ilahi...

kalau jadi laut, ada ombak
kalau jadi angin ribut taufan
kalau jadi api hangus membakar
kalau jadi tanah gempa bumi
Jadilah manusia ada hati yang boleh rindukan ilahi...

Allahualam...moga mutiara sentiasa dalam rahmatNya selalu, insyaAllah...

riza said...

salam...datang sini jalan² dari blog BA... :)

LC Althea said...

baru pertama kali masuk ke sini.. LC dh jatuh hati dgn penulisan mutiara :)


p/s: insyaAllah akan selalu kunjung di sini

Unknown said...

suke nye
igt cte hantu td hehe

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Selamat bercinta....
Jangan lupa cinta one.

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Duhai, semua kebaikan bersatu dalam Cinta. Cinta menghantarkan kita kepada~Nya. Menghilangkan kekosongan jiwa, memenuhkannya dengan Cahaya. Maka Cinta; dalam pengetahuan~Nya, yang mengandung makna jauh lebih besar dari kefahaman kita, yang hakiki, itulah yang akan kekal berpanjangan di hati.

IMANSHAH said...

kalau majnun maksud gila..laila ??

al-lavendari said...

salam.

bagus entri ini. ada aura kesufian.

kebetulan saya baru saja buat satu entri yang mengiyakan entri awak ini di sini:

http://al-lavendari.blogspot.com/2011/03/iktibar-dari-sebuah-piano.html

terima kasih kerana sudi singgah dan follow saya.

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

along MMG nice~

weeeeeeee~

Mutiara Bernilai said...

@ cikcleopatra


syahdu?

mari mlayan syahdu bersama.
harap hujungnya bertemu Yang Satu

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero


satu kegilaan yang gila.

baek, terus2 saja.

erk..terus apakah?

hahaa~

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

erk..gempa bumi?

takuutt..

insyaAllah dear, slamat menjadi gila :)

Mutiara Bernilai said...

@ riza

jgn sesat sudah la..

:P

Mutiara Bernilai said...

@ Luna Chempaka

LC.

Sy suka nama kamu!

^__^

ini bukan penulisan.ini bebelan.

Mutiara Bernilai said...

@ Miss Ran

antu?
antu Laila balik umah ya?

ahaha~

Mutiara Bernilai said...

@ Wa alaikum salam cikgu Humairi

kenkadang ingat. kengkadang lupa.

realiti hati yang hampir nak mati.

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Duhai..

hati terasa ingin terbang bersama cinta..

namun rupanya sayap belum kuat kayuhannya..

Allah~

Mutiara Bernilai said...

@ IMANSHAH

Laila itu MALAM..

:P

leyla hei leyla leyla~

Mutiara Bernilai said...

@ al-lavendari

hanya bebelan dari manusia yang tersesat berpusing pusing terkeliru mana satu arah jalan yang benar..

jauh amat dari kesufian...

!____!

trima kasih juga buat En al-lavendari

Frodo Baggins said...

ehkeke, juga pd diri sndiri
tp kita x sedar lg mau nafi. betul?
juga membenrkan ini~22:46

buta. :)

...

tajuk violin itu apa? kalau bole aku tahu sama? ak pn layan muzik yg begini woohaaa

Mutiara Bernilai said...

@ Frodo Baggins

buta.

Ada telinga,tutup.
Ada mata, pejam.
Ada hati, di nafi2kan.

bak kate seseorang,
"sayang sungguh, keinsafan hanya mendiam sebentar"

......
Atoi, xtau nama violin-nya!

ghost said...

semoga berbahagia dengan cinta..

mau menggambarkan soal cinta tapi sebab cinta tidak ada maka terasa berat untuk menulisnya...

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

dear ghost writer,
ada.
ada disebalik penciptaan dirimu.

ada.
ada di celah2 kehidupanmu.

sedangkan ghost juga dlahirkan dr sebuah cinta.

^__^

smoga ketemu cinta

syg slalu!

s a r said...

Assalamualaikum.

thanks because being one of my follower :)

nice post! menarik!
hehe. u make me smile bila baca post ni. ^___^

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

wkumsalam..
tersenyum?
terkenang perihal mabuk kepayang ke?

moga kecintaan kita kpd DIA smakin gila..

^__^

syg kamu s a r!

Ayie said...

alangkah indah jika diri dicintai segebitu rupa.. hehehe

Mutiara Bernilai said...

@ Ayie

erk..

indah itu apa?

hahah~

azmnor said...

Salam MB...

Sungguh mengesan en3 ini...memang cinta sejati itu milik NYA dan KEKASIH NYA....
sejauh mana dpt kita mendapatnya hanya DIA yang lebih tahu...tetapi usaha kearah itu mesti dipertingkatkan dan berkekalan... allahuaallam...

Terima kasih menjejak dan mengikuti blog saya...

Semuga kita sama-sama mendapat cinta sejati itu ... Insyaallah... aaminnn.....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

penulisan yang cukup berkesan...bagus..teruskan dengan gaya penulisan yang sebegini ya

Anonymous said...

Assalamualaikum Mutiara,

Indahnya bait-baik rindu dan cinta itu.

Sama ada sedar atau tidak, cintaNYA sentiasa bersama kita.

Terima kasih mutiara sudi singgah di blog saya yer.

LC Althea said...

@Mutiara
itu bebelan yg dh di interpretasikan dlm penulisan kan? heehe

terimakasih, itu cuma nama samaran di web :)

Mutiara Bernilai said...

@ azmnor

sekadar berkongsi luahan hati,
pertamanya utk diri sendiri,
keduanya buat kalian yg sudi..

insyaAllah, sama2 kita usaha :)

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

MB sendiri tak tahu ape yg berkesan..

mohon2 sdikit sbanyak dpt menjentik hati yg sedang pening2 lalat mencari cintaNYA ini..

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

^__^

tp syg jika indah hanya di ruangan pena..

moga2 hati turut serta hanyut bersama keindahan cintaNYA..

amin..

Mutiara Bernilai said...

@ Luna Chempaka

ehehh..

kadang bebelan perlukan ruang..

ruang yg sepi, agar tiada yg membingitkan hati..

syg LC slalu!~

Ati Masrif said...

assalamualaikum mutiara,

lama tak mai sini

syahdu terasa...hihi

gadisBunga™ said...

laila majnun - gila malam. :)

Qaseh Dalia said...

laila n majnun ... qaseh pernah bace cerita ni ..ada seorang pembesar kalau tak silap .. dia tengok laila tak canetek n then berkata apa yg majnun suka tentang kau .. hitam ..laila menjawah majnun lihat di hati ~ lebih kurang mcm tu lah kot..lupe dah tq sis

Mutiara Bernilai said...

@ Ati Masrif

wahh..

akak, lamenya sy xnampak akak..

hu, sdey..

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

tersangat2 gilakan malam :P

hehehhhh~

tQ Gadis Bunga..

Mutiara Bernilai said...

@ Qaseh dalia adelia

owh yeke..
mutiara xtau pon sal tu..

yg mutiara tau adalah btapa gilanya cinta si majnun kepada Laila..

dan.

Mutiara cemburu dengan cinta itu.

nak merasai cinta sperti itu dgn DIA..

tp kadang impian hanya tinggal impian.. huhu~

oranglidi said...

indah susunan bahasa kau ni.. betul la kata pujangga, cinta bisa mengubah waras kepada gila.

No name said...

alahai indah nya.. bab atas tue....

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

gila.
sebab tu ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta.

gila.
sebab tu ada yang sanggup berada di barisan pertama di medan jihad.

gila. bukan?

Mutiara Bernilai said...

@ Lizzie Yasmin

ayat terbang2..

tp mB masih mencari sebenar2 maksud indah.

indah itu apa?

Adinda Amy Sensei said...

entri berwarna pink.....comel..

. said...

sebenarnya gila itu waras, kerana dia sudah melebihi pemikiran manusia biasa. sayangnya kata-kata hati mereka tidak sama dengan kata-kata diluahkan.

Mutiara Bernilai said...

@ Adinda Amy Sensei

Adinda Amy!~

sekarang mutiara tgah mood ske warne pink..

aha.

Mutiara Bernilai said...

@ KHRLHSYM

*tersenyum*

mungkin juga kita yang tidak cuba utk memahami lenggok bahasa dan perasaan mereka..

kerna namanya tetap manusia

punya bibir utk bergelak ketawa,
punya air mata utk menangis..

toyolkiut said...

sangat tersentuh..
TK suka sangat dngn entry ni..
terima kasih!!

Bidadari Syurga said...

saat mata cinta kamu terbuka untuk menempuh satu dimensi yang lain.... jangan pernah kabur bila mana menjelaskan sesuatu yg sukar di terima oleh mata kasar manusia. laila....

Mutiara Bernilai said...

@ toyolkiut

hiks..

nah eskrem, mutiara blanje

^__^

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

wah..
dalam sekali maksudnya.

sukar utk diterjemahkan apa yg di dalam dada.. :)

p/s: Cik Bidadari ni Laila ke?heheeee

PeNgEmiS dUniA said...

igtkn cite hantu td . hehe

Kakzakie Purvit said...

Mengapa butakan hati. Laila itu memang dah beraja di hati. Terima seadanya kalau majnun itu menepati apa yg dicari.....

Kakak berdoa nie. Amin....

skandaLdariLangit said...

*senyum*


cinta itu gila. semoga gila itu merubah menjadi kita untuk jadi gila berubah..

Anonymous said...

suka sangat dengan penulisan kamu mutiara. Pandai awak mainkan bahasa, terkena hati saya. Cintakan manusia kdg2 lebih kita tergila2 kan, berbanding cinta kpd Allah....

trimas ya!

Dda Ly said...

thanks sebab sudi berkongsi...:)
menarik sangat..

meh ke rumah,
~kerana dia model~
keep in touch ye...:) ♥♥♥

lalink7 said...

interesting...1st time dtg ke mari.. =))

shameel Iskandar said...

'GILA' dalam mencintai Allah, adalah sehebat-hebat cinta. Insha-Allah, tiada lagi kegilaan lain yg menggila selain 'kegilaan' terhadap-Nya.

AkuMuzikFilem said...

dan laila itu 'malam' kan?. hehe. jika hati pun tak tercuit, masakan untuk menzahirkan cinta

Mutiara Bernilai said...

@PeNgEmiS dUniA

he.
ni tak de kaitan dgn mane2 hantu,
hantu kak limah apatah lg nyang rapik yg mrepek tu :P

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

>>__<<

*malu*

he, ape2pun,
amin Ya Rabb. Moga dperkenankan doa kakak tu :P

Mutiara Bernilai said...

@ skandaLdariLangit

ska,
benar,
moga cinta mngubah kita utk trus brubah..
brubah kpd ruang sisi yg lebih cerah..

^__^

Mutiara Bernilai said...

@Anonymous

trimas juga buat ano!

p/s: hanya bebelan tanpa suara. tidak lebih. tidak kurang.

Mutiara Bernilai said...

@ lalink7

dear, moga bukan sahaja menarik hati utk membacanya, tapi, mohon2 moga hati dan azzam juga tertarik utk berubah kpd yang lebih baik...

insyaAllah :)

Mutiara Bernilai said...

@ shameel Iskandar

Cinta yang benar2 membuatkan kita gila. sehingga lupa kpd segala yg lain.

Mutiara Bernilai said...

@ AkuMuzikFilem

Laila Majnun = Malam Gila.

wahh~!

ah.
cinta benar2 buat kita GILA!

^___^

atuk said...

Assalamualaikum MB

pertama kali saya menziarah disini
terpesona dgn tulisan anda

salam perkenalan
salam ukhwah
terima kasih
sudi ziarah phd dan follow

Wassalam

Mutiara Bernilai said...

@ Rozali

bebelan, tak layak utk d gelar penulisan..

^__^

trima kasih juga buat anda..

he11mi said...

tatau la nak komen ape.haha.majnun

HEROICzero said...

aku sudah komen yg ini dulu .

cuma nya,

" Bila lubuk atma kau di rasuk satu cinta, pasti engkau juga akan jadi gila"


semoga 'malam' yang ada, laila yang hadir, terus terang .


terus2 saja !