Maka dengarkanlah....bebelan sebelum kaki ini melangkah pergi buat beberapa tempoh yang tak pasti. Apa yang pasti, entri ini panjang sekali. Kegilaan membebel diri ini amat-amat di kesali. Ambil yang baik, yang buruk letak tepi, biar jadi cermin diri.
*****
Berjalan perlahan di tengah padang menghijau yang basah dek embun pagi, sedang kepala di sarung headphone. Tertangkap beberapa pasang mata memandang pelik. Memandang dari atas tudung ke stokin kaki. Ah. Biarkan. Taman ini bukan milik orang-orang yang berpakaian sukan semata, bahkan bukan sesuatu yang berdosa jika seorang perempuan berjubah mengenakan headphone. Ataupun sebenarnya amat luarbiasa melihat seorang muslim ke taman rekreasi di awal-awal pagi, sedangkan masih ramai yang lain masih berjogging di atas katil, berjogging berpeluh-peluh melawan nafsu yang sukar untuk membenarkan jasad berdiri menunaikan subuh. Oh, benar, hanya mak cik dan pak cik warga cina yang berada di sini. Patutlah..
Terus berjalan, menuruni tangga-tangga batu, menuju ke sungai kecil yang akhirnya bersambung terus ke Laut. Terjinjit-jinjit kaki melangkah di sepanjang tebing sungai sambil tangan di biar bebas menyentuh hujung lalang yang basah sejuk. Tangan meliuk mengikut mulut menyanyikan suara melodi hati yang entah apa rentaknya, apakah ada rentak dari hati yang retak? Sampai di hujung sungai yang bersambung ke laut, lalu punggung di labuhkan ke batu gergasi yang agak terselindung. Ah, masih pagi. Tiada siapa di sini. Di sandarkan kepala ke belakang, mata pula asyik merenung matahari yang sedang bergegas-gegas mahu keluar dari tirai langit.
Tuhan, Ya rabbul Izzati.
pagiMU menjengah lagi,
Sedang hati tetap berkeluh kesah begini,
Apakah cintaMU tak mampu untuk aku taruhi,
Saat iman kalah dengan warna warni duniawi...
Pejam mata. Menahan sekuatnya empangan dari keluar dari tubir mata. Pejam kuat-kuat, sepenuh hati. Ah. Tapi kenapa mata semakin pedih? Kenapa semakin banyak pula yang mahu keluar? Kenapa..Ah..dan akhirnya aliran itu keluar juga meski hati berat untuk melepaskan titisan itu mengalir mencemari keindahan pagi. Dalam dada ada rasa gundah, rasa sebak, rasa lelah. Tuhan, kelelahan apakah ini?
Kenapa sayang?
Ada tangan melingkar kemas ke bahu.
Aku penat.
Hidup memang penat. Mati itu rehat.
Jadi, aku mahu rehat.
Rehat hanya bagi mereka-mereka yang berpenat-penat sahaja. Rehat bukan untuk mereka-mereka yang sekadar mahu rehat di dunia. Jika mahukan rehat, maka berpenat-penatlah dahulu di dunia.
Ada getar dalam suara. Ah. Kalah juga. Kali ini, air mata di biar mengalir sebebas-bebasnya. Hati sudah sebenar-benar faham, titik kesedaran juga sudah lama mendiam dalam diri, namun jasad tetap culas untuk bangkit, hati tetap berbolak balik dengan duniawi. Benar, tahu harus mencetus mahu, dan harus juga mencetus mampu, Tapi hati berteriak nyaring mengatakan diri tidak mampu, walaupun hakikatnya sudah tahu.
Menangislah semahumu.. Kamu selama ini kuat, badai apa pula sudah datang menerjangmu?
Setiap manusia ada breaking pointnya kamu..
Dia diam, tangannya makin kuat dan laju mengusap bahu.
Aku ada..
Ah. Kenapa sahaja tidak kamu bilang bahawa Allah itu ada?
Kerna kamu sudah maklumi tentang itu bukan? Kamu faham dan kamu sedang di uji dengan kefahamanmu
Diam. Dia juga hanya diam.
Aku tak mengerti. Jika nun di sana, Allah menguji segolongan manusia dengan lambat bertemu jodohnya, jadi kenapa pula aku di uji dengan terpaksa melukai banyak hati? Mencalari hati-hati yang menagih janji, sedang aku sendiri tak pasti hati yang mana harus aku gemgami?
Berjeda,
Teruskan bebelanmu sayang. Aku mendengar.
Kenapa tidak sahaja Allah temukan mereka-mereka ini terus kepada orang yang sebetulnya? Bagaimana boleh banyak hati terpaut pada satu wanita? Dan bagaimana pula boleh ada wanita yang sendirian menanti hari?
Ada, jodohnya sudah ada tercetak di azali. Di louh mahfuz. Tentang segalanya sudah pun ada.
Jadi, kenapa harus manusia kecelaruan begini? Sendirian tidak mengetahui mana satu yang sebetulnya pemilik sebenar.. Sakit, akhirnya sakit sendirian kerana terpaksa melukakan banyak hati. Kamu faham? Mungkin bagi sesetengah orang, ini satu kebanggaan, tapi bagi aku ini satu bebanan, bebanan emosi dan kecacatan hati. Aku terjerut sendiri!
Segalanya sudah ada pasangannya. Cuma bukan sekarang waktu sebetulnya untuk bertemu. Sabar. Itu kuncinya. Yakin, itu pintunya.
Sunyi. Alam seakan mengerti akan pemberontakan di dalam hati, turut membisu memberi ruang.
Aku mengerti, cuma keadaan ini meletakkan aku dalam keadaan yang sukar. Payah.
Apa kamu fikir Allah itu kejam? Dia tidak membiarkan kamu celaru sendiri. Kamu hanya perlu tundukkan diri, mengakui kekerdilan diri yang selalu keliru, yang tidak tahu apa-apa itu dengan sujud dan berdoa kepadaNYA. DIA sudah bekalkan kamu senjata bukan? Jadi kenapa tidak gunakannya?
Ya, Allah turunkan ujian bersama manual (Quran n Hadith) malah bersama senjata (Doa). Terasa pepasir berada di tekak,
Ayuh, fikirkan, apa yang berada dalam gemgaman tanganku ini?
Ah. di waktu ini pula dia mahu berteka-serkap. Aku hanya membisu.
Kamu..
Ok, belalang
Salah.
Kulit kerang.
Salah.
Ah. Aku tak tahu dan aku malas mahu teka lagi.
Dia hanya tersenyum, meski jawapanku agak kasar. Belum pernah rasanya nada itu aku gunakan untuk siapa-siapa.
Jadi sayang.. begitulah hidup ini. Kita, memandang dengan kaca mata kita yang terbatas. Tak segalanya kita tahu. Kita memandang dan berfikir atas garisan logik dan dari pantulan cerita diri kita serta orang sekeliling. Sedangkan Allah memandang dan menyusuun kesemua cerita sekalian manusia.
Menggigit bibir. Menunggu dia menyambung bicara.
Tadi, kamu hanya mengagak apa yang di dalam tanganku bukan?
Angguk kepala.
Kita manusia, hanya mengagak. Sedang Allah begitu pasti! Pasti, tanpa sebarang agakan.
Tersentak. Memandang dia dengan mata membulat. Dia bersuara perlahan-perlahan.
Kamu tidak tahu apa yang di dalam tanganku kerna pengetahuan kamu-kita terbatas, malah ilmu kita dangkal lagi cetek. Maka, hentikan segala persoalan yang mempertikai, segalanya ada penamatnya, Segalanya ada penyelesaiannya. Segalanya ada sebabnya. Cuma kita sebagai hamba harus-wajib yakin dengan Dia.
Aku tahu benar. Tapi kadang aku penat, aku tak larat.
Teruskan berjalan. Sungguh, tiada duka yang abadi.
Aku dah tak larat nak jalan.
Merangkak.
Tak larat jugak
Mengensot dear. Engsot sikit-sikit.
Ombak menghempas lembut, menderum bersama suara bergema. Penat-penat dahulu. Rehat-rehat kemudian.
Kadang kita merasa ujian yang menimpa kita adalah sekitar jodoh, kewangan, hati, pekerjaan, anak-anak, suami isteri, kawan dan segalanya. Tetapi hakikatnya, ujian sebenar kita adalah akidah kita sendiri. Keyakinan kita. Allah datangkan segalanya sebagai penyebab (jodoh, wang, hati, keluarga dan sbg) kerana Allah mahu menguji keyakinan kita kepada DIA, Allah mahu melihat sejauh mana kuatnya tali ikatan kita kepada DIA
Ah. Itu suara Nenek!
Bingkas menegakkan badan, mata meliar mencari nenek.
Pagi itu, saat matahari memerah di dada kanvas pantai, terlihat dua sosok tubuh sedang berlari-lari anak mengejar si belangkas. Aku dan Arwah Nenek.
Sayang, akidah itu apa? Tanya Nenek. Sengaja ingin menguji kefahaman, ah, saat itu aku hanya menghafal.
Akidah itu ibarat satu ikatan dan simpulan tali yang sangat kukuh dan TAK akan PUTUS walau hebat bagaimanapun ujian yang datang. TETAP TAK akan PUTUS. Hanya SATU tali, yakni DIA, dan simpulan itu kita simpulkan di hati kita, biar jasad mungkin terburai, namun hati tetap tersimpul padu dengan ikatan itu. Jawab kanak-kanak kecil itu, Ah, Kenangan lalu, dan memang selayaknya kita harus pandang ke belakang, mengingat kembali, suara-suara memori yang pernah melakar cerita dan pedoman buat kita.
Aku memegang kemas sahabat yang di sisi.
Kamu, aku rindu pantai dan aku juga rindu nenek!
Bebelan Mutiara
1) Kamu bebas menafsir apa-apa.
2) Harus faham, bebelan ini bukan sekadar satu isu, ia merangkumi pelbagai cerita dan rasa. Aku menulisnya dengan perasaan yang berbaur-baur, sementelah itu mungkin di saat kamu membacanya buat kedua kali, kamu akan mendapat pengertian yang berbeza pula. Ya, ini bebelan kecelaruan perasaan. Tahu apa itu relativiti?
3) SAYA MEMANG suka BEBEL PANJANG-PANJANG. Tak WAJIB baca.
4) Hati nak kena masuk ward. Mungkin kena quarantin lama. Jadi, saya nak say TATA!! buat kamu-kamu semua.
5) Harap 'kamu' mengerti.
6) Jagalah hati!
Tata kamu!~
Sayang selalu!
MUTIARA BERNILAI YANG YOPO DAN SEBARUT
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.
24 org kaki bebel buat bising:
Bila serabut dalam kepala segala warna berbaur satu sukar nak diteka yg cerah dan gealp. Serah pada Allah.... Istikharahlah sayang... Memang tahu kita ada DIA tapi kita kena usaha kerana jalanan dan lorong telah disediakan.
Buat yg terbaik...
jalan yang lurus satu-satunya pun orang akan sesat juga sampai kepenghujung.
mengerti tapi terlampau banyak untuk didiskusi. satu yang pasti, tuhan itu ada.
sayang... bila mata hatimu terbuka luas untuk menghitung 'sesuatu' yang bisa membuatkan jasadmu sakit... jgn pernah kesal kalau kamu tidak mampu berbuat apa-apa kepada 'kelebihan' yang kamu miliki...
sesungguhnya mereka benar-benar tidak tahu apa yang kamu tahu sayang...
jgn pernah rasa putus asa... kamu kena teruskan 'perjalanan' jangan berhenti di sini.... penat dan sebak di hati sesungguhnya allah swt maha mengetahui...
bila kamu sudah jumpa Ya wajid... Ya shabur kena selalu ada okey... sebab Ya rahman tulah pengikat untuk kita manusia kerana Ya waliy itu sentiasa miliknya insyallah....
kekurangan yang kita perolehi... mungkin memudaratkan pada mata-mata yang memandang... sesungguhnya... allah swt lebih mengetahui apa lebihnya dugaan yang dia telah sertakan untuk setiap jirim okey...
sayang awak.
jodoh~ emm. tgah tunggu.. moga2 dipermudah dan dipercepat~ (^^!
My dear mutiara...
rasanya fida boleh faham bebelan ni. Sebenarnya bukan niat kita nak melukan hati sesiapa, tapi soal hati..sukar sekali dimengerti.. serahkan pada Ilahi, insyaAllah akan ditemukan tepi.....
ah fida memang pandai menulis2 dan berkata2..tapi hati sendiri pun masih lagi tak temui tepinya...(senyum)...berserah segala pada Dia...
PS: dear pun nak 'pergi'? semalam saudara sahrom mengumumkan dia nak berundur seketika. Saudara Tajnur pun dah sepi...dear pun nampaknya sama...
Menarik sis..teruskan menulis..! terimakasih atas kata-kata bebelan.." jagalah hati"..Ianya amat bermakna..
memang serabut yopo....jika aku ,aku cuma mahu diam terlena.
setelah berulang kali sy baca,masih tak mngerti,,adakah ini entry realiti mahupun fantasi..
*jika kamu dalam keadaan berduka.ttuplah mata dan sedarkan diri ada allah yang menguji kesabaran dan kepatuhan kita kepadaNya..
*moga luka dihati cepat sembuh..amin3
*maaf kalau sy melalut
Tahu apa itu relativiti? terbaek..!!
Assalamualaikum,
Owh...kalaulah kita bisa ngerti,
apaaan yang tercatat di louh mahfudz,
tidak usah berpayahan, tidak payah panik....santai ajaa.
Namun itulah keindahan untuk pencari redho Ilahi.
mutiara, betul tu manusia ni terbatas, segalanya terbatas... walaupun dunia ini kite letak dalam telapak tangan
dan aku juga membacanya dengan perasaan berbaur-baur.
MashaAllah,betapa bijaknya Tuhan ketika kita melukakan hati banyak orang kita diberikan peringatan tentang jodoh...dilambatkan pada kita untuk kita mengingatinya..
dan Maha Suci Allah yang menjadikan keadilan itu juga sebagai peringatan..ketika kita begitu mudah menumpahkan airmata didatangkan pada kita mereka yang mau menyeka airmata kita..
betapa kecilnya dugaan yang diberi.hanya soal jodoh dan bukan soal mati...itu juga memperingati pada kita kalau semuanya datang dari hati kita sendiri untuk menanganinya...
tidak ada kata yang lebih baik selain bertahan dan mempertahankan jiwa.kesabaran itu semakin memenuhi iman dan menutup kekhilafan.
agak terkesan di dalam hati.
jangan meminta rehat (mati).
teruskan mengembara di muka bumi.
assalamualaikum ..mutiara, apa khabar?
dalam diam ada rindu...
dalam sepi ada tangis...
dalam sendirian ada resah...
hakikatnya...apabila jiwa dibiar kosong...
apabila hati dibiar tercemar...
maka makhluk perosak itu datang menyerang seperti wabak...
ini perkara tersembungi yang tidak menyenangkan.
my dear ena...hati kamu nk msk wad tingkat brape? mana la tau t'jupe hati saya di wad yg sma...:p
dan dia sungguh sabar melayan kerenah.
*senyum*
come back soon. =)
BETUL SIS .. UJIAN ITU TENTANG AKIDAH KITA .. SABAR MENEMPUHI .. :) KITA HANYA MERANCANG DIA YG MENNTUKAN .. BIARLAH HARI ESOK KITA TAK TAHU .. TAK USAH DI FIKIR TAPI HARI INI ..PENUHI LAH UMPAMA ESOK TIADA LAGI
ah,kita ni manusia biasa saja tak punya kuasa untuk tentukan masa.kita disini untuk apa?
kita di sini kerana amanah kerana tanggungjawab kerana janji.tapi kenapa kita sering lupa?
berada di dunia hanya untuk bersuka-suka hingga lupa dan alpa.sibuk menambah dosa sedangkan kita di suruh mencari pahala untuk bekalan akhirat sana.
kita manusia insan itu lemah insan itu lupa insan itu lalai.jika sudah terlalu mendengar bisikkan nafsu,syaitan pula akan dipuja bagaikan raja.
Assalamualaikum Mutiara.
Berkali2 saya cuba tafsirkan frasa-frasa maknawi yg ingin mutiara nyatakan.
" Penat-penat dahulu. Rehat-rehat kemudian." saya tertarik dgn ayat2 ini. ayat-ayat peringatan yg sarat dgn pengajaran. Berpenatlh didunia ini dgn kecintaan terhadap-Nya, agar dapat berehat dgn senang dan tenang di alam abadi.
awak... sesungguhnya entry ni datang dari mata hati bukan? sebab lain... awak kena kuat tau... DIA sentiasa nampak awak..
panjang. mmg dapat rasa berbaur perasaannya, tapi kenapa nak say tata?
Assalamualaikum MB,
Kakak datang nie.... bersuaralah seketika....
buat semua
terima kasih atas komen2 kalian.
banyak nasihat n byak juga ketawa yang tercetus bila saya membaca satu persatu komen kalian.
terima kasih kerana hadir dlm hidup saya guys!
mina tak reti nak komen spt mereka diatas...krn mereka adalah org2 yg mina sgt hormati dari segi penyampaian mereka...
cuma mina harap allah sentiasa ada disisi kamu....
Post a Comment