19 May 2011

Mati.


Hujan turun lagi. Lebat sekali. Seperti kekasih yang rindu, aku mengemas barang dan terus bergegas keluar. Bau tanah yang di rindu. Bau hujan. Angin sejuk. Ah!

Kepala di dongak ke langit hitam. Telapak di biar merasa melodi titik hujan yang terburu-buru turun dari awanan. Diam-diam berbisik pada hati, " Tuhan, bagaimana agaknya rasanya mati?"

Gigit bibir. Tarik nafas lalu di hembus perlahan sambil berdoa agar beban yang menyesak di dada ini keluar sekali bersama lepasan nafas. " Tuhan, bagaimana agaknya keadaan bila aku sudah menempuh mati? Aku akan di siram cahaya rahmatMU atau terperuk di dalam kegelapan murkaMU?"

Teruskan langkahan kaki, hujan makin lebat di silih dengan dentuman guruh dan kilat. Hati terjerut rasa takut. " Oh Tuhan, guruh dan kilatMu pun sudah aku takut, bagaimana pula untuk aku lalui Alam BarzakhMU?" Semacam ada beban menimpa-nimpa dada, semacam ada gundah tak tertampung datang menyumbat-nyumbat hati, sesak dan lelah. Ada aliran jernih menuruni pipi. Tuhan, benar, aku takut menempuh mati!

Tutup payung. Tubuh lalu di biar berjalan merempuh hujan tanpa apa-apa lindungan. Pejam mata. Bersama aliran mata yang semakin lebat, dosa-dosa silam datang menerjah ingatan. Ah. Mampukah aku melalui barzakh dengan palitan dosa sebegini? Menangis dan menangis selebatnya hujan yang menuruni bumi.

Badan basah lencun. " Basuh, basuhlah diri ini dari hitam dosa. Sucikan,sucikan jasad ini. Aku malu untuk menghadap Engkau dengan segala kekotoran ini."


Ah. Benarlah, mati itu sebaik-baik peringatan buat diri. Namun sayang, keinsafan selalunya hanya sekejap sahaja mendiam. " Aku teringin bertemu Engkau wahai Tuhan, tetapi biarlah aku mencuci daki ini terlebih dahulu, biarlah aku menatapMU dengan wajah bercahaya. Izinkan aku untuk itu,"


Bebelan Mutiara
  1. “Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)
  2. Jangan biarkan keinsafan itu hanya mendiam sebentar dalam diri. Cepat-cepat bertindak sebelum rasa insaf/sedar itu pergi.
  3. Kematian itu semakin hampir, terlalu mendekati kita. Mari perbanyakkan persiapan dan bekalan
  4. Saya dan Kamu PASTI mati.
  5. Mari jadi orang soleh!


Kerna kematian itu semakin mengejarku, maka tak tersempat untuk aku membiarkan masaku di penuhi dengan kejahatan, kebencian dan kesia-siaan. Tak sempat!
* Mari didik hati untuk merasa seperti ayat di atas. Mutiara juga.


Al fatihah buat arwahyarham Hakim @ Blogger Telurdibasuh. Moga Allah menempatkan kamu (dan kita semua) dalam kerangka redhaNYA. Amin Ya Rabb..


Sampai tibanya waktu, mungkin pengisian blog kita juga akan di tanya Tuhan. Oh! 
Andai satu masa Mutiara Bernilai pergi, doa-doa moga belog ini akan tetap memberi nilai buat kamu-kamu yang masih hidup dan juga mampu menjadi Mutiara Bernilai (Saham pahala) buat diri Mutiara sendiri yang saat itu sudah bergabung jasad bersama tetanah. 


Sayang selalu!


Mutiara Bernilai 
*Acchuum!!
 


 Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

64 org kaki bebel buat bising:

Afida Anuar said...

My dear mutiara...

Al-Fatihah..buat sahabat blogger..yang sudah kembali ke sana. InsyaAllah, nanti giliran kita pulak kan...macam mana la..selalu terbayang2, akan hari tu. Dah la dengan dosa yang seluas dunia.. Allah tu Maha Pengampun kan?... moga2 kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik-baik. Diampun segala dosa...

Rubiatul Addawiyah said...

salam..mut,trima kasih..mut buat saya sedih dan sayu..suka baca bebelan mut..mut...

Bidadari Syurga said...

semoga doamu diangkat ilahi... kerana doa orang yang sebenarnya insaf hanya DIA yang mengetahui... andaikata insaf separuh jalanpun... Allah itu maha mengasihani dan maha pengampun... kalaulah kita dan mereka mengerti... kan awak..

owner telurdibasuh tu dah takda ke? yg selama nie post sapa? aik...?

AimanAriffin said...

Al-fatihah and I'm so sorry to hear for his lost :(

Your blog will always be an inspiration to me Mutiara no matter what.

I learn so much from you. And I hope I will learn more living in this life heading in HIS direction

s a r said...

assalamualaikum,

al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmatMu ya Allah.

MASA tak menunggu kita. Tapi kita yang masih ada sering terlupa adanya masa yang berlalu.

Kesakitan Rasulullah menahan keperitan menghadapi sakratul maut, malaikat sendiri tidak sanggup melihat keperitan di wajah itu yang sudah semestinya suci dari segala dosa. Apatah lagi kita manusia yang sentiasa didekati dosa. Astaghfirullah.

thanks for sharing. nice entry :)

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..nice along..benda yang sama kita fikirkan tentang blog..T_T

by the way, sangat suka new template ni..(dari hari tu cakap benda ni kan? tak kisah lah, nak ulang banyak2 kali)

Aretikz said...

Raja kepada segala kepastian = mati..

Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin..

fuad ansari said...

Sungguh mati itu menginsafkan..
Mendapat perkhabaran mati sahaja sudah cukup membuatkan kita seperti terjaga dari lena..Seolah2 ada orang berkata, "bangunlah dan bersiap sedialah kerana kamu juga akan mati satu hari nanti.."

Fasihah Supian said...

Salam along, ya. betul tu...kematian itu pasti. kadangkala kita lupa bahawa perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian.. ya, terima kasih along sebab selalu memberikan peringatan kepada semua pembaca di sini... juga tentang blog itu...ya...moga kita semua cuba menjadi yang terbaik..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Ikutilah jalan petunjuk dan tidak usah takut dengan sedikitnya jumlah orang yang melaluinya; berhati-hatilah dari jalan kebinasaan, jangan sampai dirimu terlena dengan banyaknya jumlah orang yang binasa di dalamnya...pesan Al-Imam Al-Fudhail

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sebenarnya saya takut dalam berblog...takut tulisan saya akan menyebabkan perkara lagha berlaku dan amat sia2 nanti apabila ditanya di akhirat kelak...

semoga saya diberi kekuatan untuk menulis perkara yang bermanfaat

trime kasih atas peringatan mutiara

Pembunuh Tanpa Bayang said...

AL-fatihah buat arwah moga baik-baik saja di sana.

aku yang baru terlepas dari ujian kematian baru tersedar akan hakikat yang benarnya aku ini masih belum bersedia untuk mati...

sigh~

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

Yes dear, Allah maha pengampun..insyaAllah, sama2 kita memohon rahmat dan kasih sayangNYA.

^___^

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

eheh. macam chumel plak HQ panggil mutiara as mut..

:)

.drakula. said...

orangnya muda lagi...sudah tersurat...al fatihah.

liyana said...

nice entri..
insyaALLAH..

Kakzakie Purvit said...

Insya-Allah jika kita redha dan sentiasa mengikut garisanNya kita akan dlm rahmat dan hidayahNya.

Sesungguhnya mati itu memang benar....

Mutiara Bernilai said...

@ Cik Bidadari

amin Ya Rabb,, m0ga2, d angkat Tuhan

* beiau meningga dunia khamis

Mutiara Bernilai said...

@ AimanAriffin


^___^

such a sweet words..tapi sebenarnya saya yg banyak belajar dari kamu.. takpe, sama2 kita kongsi apa yang ada neh? :)

nice 2 know u aiman..

Mutiara Bernilai said...

@ s a r

hu, masa mmg tak pernah menunggu kita. tapi kita yang selalu membiarkan masa berlalu sampai kadang tak tersempat unutk kita kejar masa tu..


Allah..

terima kasih s a r..

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Mohammad

^___^

nice eh. amek layout free aje.

Mutiara Bernilai said...

@ Aretikz

pasti mati, dan mati itu pasti.

oh!selalu lupa diri.

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

kita merasa rasa dan gentar yang sama. malah, selalu terasa seperti itu.

"bangunlah dan bersiap sedialah kerana kamu juga akan mati satu hari nanti.."

terima kasih fuad :)

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

sama2 kita bantu membantu dlam menaikkan iman sahabat sahbiah ye Alang..


syg selalu, Along~

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Allah..

bicara Imam Fudhail Iyadh tu benar-benar membekas di hati saya. terima kasih saudara :)

moga ilmu mampu membuahkan amal..

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

salam alaik saudara,
insyaAllah sama-sama kita berusaha untuk mendapat redhoNYA,sama-sama kita cuba beri pengisian yang baik utk sahabt2 bloggger kita..

^____^

Mutiara Bernilai said...

@ sahromnasrudin

salam alaik saudara,
insyaAllah sama-sama kita berusaha untuk mendapat redhoNYA,sama-sama kita cuba beri pengisian yang baik utk sahabt2 bloggger kita..

^____^

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

aku pernah terlibat dengan kemalangan, ngerinya tak mampu lagi aku buang dr fikiran aku. terus melekat di minda menjadi trauma yang tak sudah. benar, saat itu aku sedar betapa diri tak cukup bekal untuk melalui stesen barzakh...


*harap kamu baik2 sahaja di sana.

Mutiara Bernilai said...

@ Republic Aku

benarlah, mati tak mengenal usia kn?

Mutiara Bernilai said...

@ liyana

^____________^

insyaAllah..

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

kakak sayang,
di doakan moga sentiasa dlm rahmat dan redhoNYA..insyaAllah, sama-sama kita berusaha mencari bekal utk menghadapi mati.

Ati Masrif said...

setiap kali mengingati kematian
pasti akan rasa insaf

al-fatihah buat arwah

SYARIFF HAIKAL said...

KNPE KEINSAFAN ITU HANYA SEKEJAP??..ISTIQAMAH SETIAP AMALAN SERING SAJA X LAMA...HMMMM

Mutiara Bernilai said...

@ Ati Masrif

hu samelah...
tapi cepat aje ilang rase insaf tu..

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

hu. itu memang sifat hati, selalu bolak balik, sekejap terang sekejap gelap..so nak xnak kena trus usaha dan usaha. insyaAllah, pasti ada hasilnya :)

Mutiara Bernilai said...

@ menusuk hati

salam kenal juga ye kamu! :)

ewanthology said...

setiap langkah membawa kita semakin dekat dengan kematian

intan.maisarah said...

salam sayang
sara sering bermimpikan mati
bermimpikan saat kematian
bermimpikan alam barzah

:)

HEROICzero said...

Salam.

bila baca blog beliau, dan ruangan komen.

cuma satu saja perkara yang aku fikir.

jika saat ini, Tuhan tarik nyawa aku, apa agak nya post terakhir aku yang kalian tatap.

yang baik2, atau yang kebiasaan nya, tidak baik.

Astaghfirullah.


Al-fatihah .

takziah untuk keluarga beliau.

senyumSOYA said...

salam akak..
mati itu pasti...
semoga allah sentiasa teguhkan hati..insyaALLAH~

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

hu. macam mane perasaannya mimpi alam barzakh? hu, mutiara slalu mimpi jatuh gunung@gaung, org tua2 kate x elok mimpi mutiara 2..hu!~


syg kamu sara,

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero


Salam kamu,

hu, kamu,
kita merasa benda yang sama,

agak2 apa last entri mutiara,

agak2 mutiara buat apa masa tu?

agak2 apa perasaannya bila kalian singgah blog mutiara yg sbenarnya saat itu sudah tiada. hu, mungkin pd pndangan kalian mutiara just stop berblog, tp actually mutiara dah x ada..

hu~ moga Allah merahmati kita semua.

Mutiara Bernilai said...

@ delarocha

T____T

hati takut,tp jasad nak buat amal pun kedekut.

Allah..

Mataku said...

Mati itu pasti...

Anonymous said...

Assalamualaikum Mutiara.

Terima kasih atas ingatan. Pastikan mencari bekalan untuk dibawa ke sana bila tiba waktunya.

he11mi said...

sekadar berkongsi..
sy sndiri pnah mengalami kmalangn truk yg hampir meragut nyawa sendiri...
emak sy sayu melihat keadaan sy pd masa itu kerana beliau mnyaksikan sendiri nyawa sy yg seolah2 telur dihujung tanduk...

ya,sy sendiri mengakui perasaan masa itu,mmg xdpt digambarkan dgn kata2...
hanya mampu berkata dlm hati,"yaAllah jika inilah masanya,aku redha"..

alhamdulillah
sy bersyukur kerana diberi peluang utk terus hidup sehingga saat ini.post ini mengingatkan sy ttg masa itu...

da bersin da tu.jgn fikir lama2 tym dlm ujan lebat.kan da selsema:D

maCy said...

pernah merasa mati. walau sekadar mimpi. walau bukan sebenar rasa. tapi cukup hingga membuatkan apabila terjaga. kaku. memandang siling. memikir bagaimana masih disini jika sudah mati. memeriksa nadi sendiri. di dalam mimpi melihat mereka diselubugi sedih. melihat diri sendiri sibuk diuruskan selaku jenazah. melihat sendiri. sendiri.

skandaLdariLangit said...

oh. takziah buat telordibasoh. kurang akrab, tapi masih sahabat dan saudara seagama.

Mutiara Bernilai said...

@ MindaMalay

Pasti.

selamat menyiap bekal

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

kadang tak terlangkah kaki mencari bekal. harap2 di terima jua Tuhan.

Mutiara Bernilai said...

@ he11mi

saya tahu perihal itu. tapi saya tak berada d tempat kamu, malah saya pun tak menjenguk kamu waktu itu. Maaf, memang saya tak tahu ttg ujian yg menimpa kamu sekeluarga waktu itu.

tahu pun lepas saya buat fB (lambat btul virus fB dtg kat sy)..

apa2pun terima kasih sbb share pengalaman kamu. saya yakin, sudah banyak berguguran dosa kamu saat d uji itu..

saya doakan pengakhiran yg terbaik utk mong,utk ena dan utk semua..insyaAllah, moga Allah redha pada kita semua..

^___^

*achhumm! haha~

Mutiara Bernilai said...

@ maCy

wahhhh! menangis tak masa tu? berdebar tak? huhu..takut..

jum sama2 perbanyakkan bekal!

Mutiara Bernilai said...

@ skandaLdariLangit

ska dear,

lama x dengar cerita..
ya, kita saudara seagama..
ayuh doa untuk sesama kita..

^___^

MiaDiera said...

mari jadi orang soleh:))..suka ayat tu:D

Pembunuh Tanpa Bayang said...

semuanya jadi begitu menakutkan bagi seseorang seperti aku yang di gelar si berani tiba-tiba menjadi seorang penakut bila berhadapan dengan maut.

syukurlah Tuhan telah memulangkan semula nadi itu buat aku untuk terus hidup kembali.bagaikan mati hidup semula.

[ EA ] said...

kamu...suka buat pipi ak basah lagi,lagi dan lagi... :'(

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

kan..betullah, kematian merupakan sebaik2 peringatan buat manusia.

ayuh, jum usaha! cukupkan bekal supaya akhirnya kita menjadi si perindu yg berani bertemu Tuhan..

Unknown said...

Bila dikenangkan mati, diri terasa insaf...tapi lepas tu mesti buat balik.... :'(

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik