21 June 2011

jatuh dan lemas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 








 Dalam kehidupan, kadang kita bukan sekadar jatuh.
Tetapi, jatuh dan kelemasan. 
Lemas.

Tapi,
Bebel orang, walau kamu jatuh dan jatuh dan lalu lemas,
semakin dalam dan dalam,
dan semakin tenggelam ke dasar lantai laut,
Saat itu kita ada 2 pilihan :
Mahu terus terbaring tenggelam kelemasan di lantai laut,
atau
Kutip seberapa banyak Mutiara dan terus melonjak naik semula ke permukaan pantai!



Suhaib berkata : tatkala Rasulullah duduk bersama para sabahatnya, tiba-tiba baginda ketawa. Baginda bertanya : tidak mahukah kamu semua bertanya, perkara apa yang mebuatkan aku ketawa? Lalu para sahabat berkata : Wahai Rasulullah, perkara apakah yang menyebabkan kamu ketawa? Lantas Rasulullah bersabda : Aku teruja dengan urusan orang mukmin, sesungguhnya, segala urusannya , semuanya baik! Sekiranya dia diuji dengan apa yang disukainya, dia akan memuji Allah. Perkara itu baik baginya. Sekiranya dia diuji dengan perkara yang tidak disukainya, dia akan bersabar. Perkara itu juga baik baginya. Tidak ada seorang pun yang seluruh perbuatannya itu baik, kecuali bagi orang mukmin. 
[Musnad Imam Ahmad, Hadis Suhaib RA : 23814] 


BEBELAN MUTIARA:
1) Di mana pun situasi kita sekarang (jatuh atau bangun) dan apapun 'rasa' yang kita lalui sekarang (suka atau duka), kesemuanya menyampaikan perkhabaran bahawa kita ini berTuhan
2) Tiada satupun takdir dan ketentuan Tuhan itu yang bersifat menzalimi manusia malah tiada juga di ciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan terselit hikmah dan berita gembira buat hamba-hamba yang mahu berfikir. (hatta kejadian sekecil kuman)
3) Indah kan menjadi mukmin? Keimanan memimpin kita untuk sentiasa dalam kerangka positif dan bahagia. 
4) Bebel orang, bukan sahaja 'Love is a verb, but keimanan too!"
5) Keep swimming!!!



MUTIARA BERNILAI
*Maaf, lambat update. Setiap bulan pasti demam, :)
Cikgu Humairi, kenapa tak dapat masuk blog cikgu? 




72 org kaki bebel buat bising:

Sunah Sakura said...

kita semua ada Tuhan!

Mutiara Bernilai said...

^__^

pasti!

Whoa! hidup berTuhan kan Allah adalah nikmat yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling nikmat!

AI said...

- fuhh...saspen tajuk tu...alhamdulillah bukan BM yg jatuh tu..cuma tajuk...

- Allah akan menguji setiap makhluk mengikut keupayaan masing2...dan DIA Maha Mengetahui...

- thanks 4 sharing...

nurkass said...

mmg nikmat..
cuma terkadang fikiran tersasar terhadap dugaan dan ujian yg mendatang..

nice n3..thanks dear..

feyza said...

terbaik..!

saya suka =)

Anonymous said...

suka entri ni!!
ye walau apapun kita takleh bersedih... sebab tuhan sentiasa bersama dengan kita :D

Unknown said...

hurm..teringat pada tuan guru ku nun jauh disana

terokai seni said...

ingat Allah, dapat pahala dan Allah ingat kat kita

Mutiara Bernilai said...

@ AI

^___^


jatuh gak semalam,,aha~

Mutiara Bernilai said...

@ nurkass

betul2,
kdg2, terlalu fokus pd ujian sahaja..hu~

Mutiara Bernilai said...

@ RedVixen

yup, tuhan sentiasa bersama kita!

simpan kemas2 dlm hati.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ cemomoi

insyaAllah..
hu,kena kuatkan kekuda mujahadah ni!

gadisBunga™ said...

saya pernah mimpi.

mimpi jatuh, jatuh melayang2 tapi tak berenti2. pastu mesti terjaga sambil terkejut.

*sebab tu saya takut berenang. :D

Bidadari Syurga said...

bestnya baca.... indahnya cerita... mekasih awak... sayang awak...

SYARIFF HAIKAL said...

emmm tp skrg kalau jatoh tesepak batu.bukan org maki batu ke??

Fasihah Supian said...

Ohh hilang rindu....ternanti-nanti post Along....


Manisnya hidup berTuhan...

Ujian mematangkan seseorang...

oranglidi said...

uih.. trsentuh lak aku baca hadis tu.

s a r said...

terima kasih. sangat bermakna :)

suka duka luka pedih pahit kelat jatuh lemas maut hidup = kita tetap ada Dia :)

Afida Anuar said...

Ohh..thanks my dear mutiara. This entry makes my day dear..err walaupun dah hampir senja.. he he..

ada orang tulis...

Kalau jadi laut, ada ombak,
kalau jadi angin, ribut taufan,
kalau jadi api, hangus membakar,
kalau jadi tanah gempa bumi.
Jadilah manusia, ada hati yang boleh rindukan Ilahi..


Allahualam..

Anonymous said...

Assalamualaikum Mutiara,

Sebelum berenang, periksa diri dulu, pandai berenang atau tidak.

Kalau tak pandai berenang, belajar dulu supaya tidak lemas sia-sia.

Cikli said...

Rasulullah ikutan terbaik.

vampire's lovex said...

kan bagus semua ingat allah,takde nye kes buang baby,buang diri sendiri dari tingkat 14 bagai...kan,..

ewanthology said...

saya tak pandai berenang.

ghost said...

keimanan itukan enak...tapi hanya bagi mereka yang benar beriman.

ariana said...

paling ditakuti kalau lemas dalam kesenangan dan kemewahan duniawi..

AkuMuzikFilem said...

ya, mengutip mutiara bernilai kan. hehe. kutip semua kejadian dan jadikan sebagai pengajaran instead dari terus tenggelam

HEROICzero said...

bila jatuh, biar lemas lama sedikit. kurang2 buat kamu tahu apa rasa bila dibawah sekali.

dan bila naik nanti, kamu akan jadi manusia paling hebat.

iKhRam said...

entah la kak mutiara bernilai.. awal2 sem ni rasanya sgt terbeban sampaikan runsing dan takut nak menghadapinya.. walhal ini semester terakhir..

rasa cam homesick wwalaupun tak demam.. nak balik ke kemapung la kak mutiara bernilai..

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Blog saya lemas seketika...lambat tenggelam untuk mengutip mutiara di dasarnya serta naik semula ke permukaan.

Saya timbul semula. Terima kasih atas keprihatinan mutiara.

Mutiara Bernilai said...

@ gadisBunga

jatuh dr manaa dear?

*jum blajar berenang jum! :)

Mutiara Bernilai said...

@ SYARIFF HAIKAL

itu orang,,
manusia tak maki..

oho!

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

ala,, nak alang SENTIASA rindu along,,

hu, xmo update dah la pas ni :P

Mutiara Bernilai said...

@ oranglidi

^___^

Rasulullah ketawa gembira dan bahagia bila fikirkan hal kehidupan orang mukmin,,segalanya baik!

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

wah, benar!
suka sekali dengan analogi yang fida bagi tu :)

jd manusia, ada Tuhan,,kan?

Mutiara Bernilai said...

@ Kunang-Kunang

betul tu,,

tp kadang kita terjatuh dalam laut, dan kita sendiri tak pandai nak berenang,,ouhh!

Mutiara Bernilai said...

@ Cikli

Rasulullah, role model kita..kan?

Mutiara Bernilai said...

@ vampire's lovex

hu, buang diri sendiri dari tingkat 14 ,,hu,ni kes bila emosi mengalahkan pertimbangan akal dan iman.

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

enak,

amat enak bg mereka-mereka yang merasa,,

Mutiara Bernilai said...

@ ariana's

T____T

itulah kak,,
mutiara jd takutttt..
takut lemas dgn dunia

Mutiara Bernilai said...

@ AkuMuzikFilem

Subhanallah,
dah lama tak dengar berita dr kamu AkuMuzikFilem... :)

dah kembali berblog kah? alhamdulillah :)

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

hanya orang yang pernah merasa 'lemas' aja akan benar2 faham betapa nikmatnya hidup di permukaan,,

kesakitan 'lemas' bisa membawa kita lebih terkehadapan jika kita mepergunakanna pengalaman itu sebaik mungkin,

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam

balik aje dik,,
akak dulu masa semester akhir pun selalu gak rase tensen2,,so kne balik ke kg jumpa ibu bapa dan balik kembali kepada Tuhan kita,

moga2 Allah mepermudahkan urusan kita dan memberi ketenangan kepada diri kita,,meski banyak beban dan dugaan,,

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

alhamdulillah,
akhirnya cikgu kembali!

suka!

Mawar Berduri said...

aku masih terjatuh dan lemas. tapi sang penyelamat tengah menghampiri aku untuk menyelamatkan aku.

ORLANDO AHMAD said...

dulu gua penah jatuh, bertahun merana

.drakula. said...

demam juga menjatuhkan suhu badan kita...

abang bro EL said...

waduhhh....macam blog Ghost jugak berbaris orang kasi komen...
ye saya pernah tulis entry pasal jatuh...sama gak kot maksudnyer...

abang bro EL said...

try le baca...http://elmariachiblues.blogspot.com/search/label/fall

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mahu tenggelam dalam lautan kenangan biar hilang dari pandangan.ah,mungkin mahu mencipta dunia sendiri di tempat lain...

Mutiara Bernilai said...

@ Mawar Berduri

alhamdulillah, di kurniakan sang penyelamat untuk di tarik tangan saat kita tenggelam,,

:)

teringat buku Bahtera Penyelamat,,

Mutiara Bernilai said...

@ JARI YANG TERBARAI

aku juga,
sampai sekarang masih terasa,,



* fighto kamu!

Mutiara Bernilai said...

@ RepublicAku

uhh,
kalu mutiara demam,
mutiara menaikkan suhu :)

Mutiara Bernilai said...

@ EL MARIACHI

uhhhh,
encek ghost?
^___^

hm, perihal 'jatuh' yg sama mungkin,,
nanti saya jenguk page kamu tu,, :)

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang

dear,
jgn lelame dlm lautan kenangan,
kerna realiti jugak yg ditapaki kaki,,

mutiara juga slalu menyelam dlm lautan kenangan..indah juga,meski kadang terasa luka,, :)

kokser kokdam said...

smoga kita sentiasa di beri ketabahan utk mencapai keredhaan ALLAH

Kakzakie Purvit said...

Kakak memang akan berenang terus berenang MB, juga nak jadi juara perenang yg dihujungnya memberikan satu kepuasan dan kebahagiaan... Mudah-mudahan.....

nahmy said...

assalamualaikum....nice entry. mkn ubat & keep the blog alive...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga MB dikembalikan kesihatan yang baik semula..amin

Merasa lapang dengan ujian Allah itu adalah sebaik-baik hamba, baik ianya merupakan kesenangan atau kesukaran.

fuad ansari said...

belajarlah berenang agar kamu tidak lemas di lautan..
belajarlah agama agar kamu tidak lemas di dunia..

insyaAllah..

Encik Psychopath said...

berusaha menjadi org mukmin.

Mutiara Bernilai said...

@ kokser kokdam

amin ya rabb,,
insyaA||Ah,,

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

yup kak,,
keep swimming sampai ke penghujungnya!

:)

Mutiara Bernilai said...

@ nahmy

:)

tengah nak abeskan antibi0tik ni :)

thanks!

Mutiara Bernilai said...

@ Abd Razak

Waa|aikum sa|am saudara :)

insyaA||ah mga kesabaran sentiasa ada da|am dada :)

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

insyaA||ah, m0ga tak |emas dgn |autan dunia :)