02 July 2011

Lapan musim bulan berlalu~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Kisah eksiden saya, sangat panjang, jika tak berminat, boleh skip terus ke Bebelan Mutiara di bawah, Syukran!
_______________________________________________________________________________
  
Ini cerita lama, sudah tepat 8 bulan peristiwa itu berlalu, tetapi saya bongkar semula untuk tatapan semua, sengaja berkongsi cerita , ( Sebenarnya El Mariachi yang suruh up kan pasal ni).

01/11/10, awal pagi itu saya berkejar ke pasir gudang, menemani seseorang ke sana, dan saya pulang semula ke Skudai sekitar 4pm dan terus ke bilik Adik menunggu si Kanak-Kanak Tersayang yang sedari tengahari SMS mengajak saya makan bersama, (Oh, kami selalu makan bersama2). Sesampai di bilik Adik, saya yang kelaparan dan juga keletihan itu terlelap di saat-saat mendengar bebelan panjang si Adik tentang tafsiran surah Ar Rad'u, sedar-sedar Si Kanak-Kanak Tersayang yang berada di luar bilik sudah separa nyaring dan eksaited berkata, "Bunda! Jum makan, lapar," 
Tersentak dari lelap, bangun dari katil dan si Kanak-kanak itu baru membuka pintu bilik, saya tersenyum, membaiki tudung yang dari tadi tidak di cabut dari kepala, " Jum!" kata saya sambil memegang lengan dia,
" Eh, pakai helmet-lah bunda,".. " Takmolah, berat nanti kepala,"..."Pakailah,".." Tak mo, selama ni tak pakai pun kan, setakat p kafe kolej 9 aje kan?".." Tak, kali ni kite p Kafe Meranti nak, bunda suka kan?".."Alah, takpe, dekat jugakkan,"..Si Kanak-Kanak buat muka merajuk, dan saya hanya mampu tergelak kecil lalu mencapai helmet, " Kita p ATM dulu neh,"
****
Atas motor, saya yang seperti biasa menjadi pembonceng tegar melempar pandangan ke sisi kanan, menikmati akan bebangau putih yang terkedek-kedek di tengah kehijauan padang UTM Skudai. Damai, tetapi kedamaian itu di rosak dengan kerisauan di dalam dada, " Atoi, duit dalam bank ada RM 20 aje, kat tangan ada RM10," Saya sebenarnya sudah terbiasa keputusan wang, lagi-lagi di hujung semester ini, boleh sahaja berjimat tak jumpa nasi dalam sehari dua, tetapi sejak saya ada Si Kanak-Kanak dan Si Adik ini, rasanya agak sukar untuk saya menolak untuk tidak makan, Apa tak nya, jika saya tak makan, maka Si Kanak-kanak dan Si Adik pasti akan tetap membelanjakan makanan untuk saya, Ah, dah macam serba salah pulak! 

Kami menuruni bukit, tapi saya tetap setia memandang ke padang hijau itu dengan fikiran yang sarat, angin petang menerpa ke muka, menyedarkan saya bahawa saya tidak sendiri, " Hu, Tuhankan ada, jika Allah menguji aku dengan keputusan wang, pasti DIA turut menyediakan jalan keluar untuk itu, tak akan DIA memberi susah tanpa memberi ubat, Dia kan saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat baik." Saya tersenyum dengan kata-kata sendiri itu, hilang terus gusar di dada, namun belum sempat pun untuk saya menutup senyum, tiba-tiba,

"Screettt,bummm!"

Segalanya berlaku pantas, saya nampak saya 'terbang' (tercampak) melepasi kereta maroon, dan sedar-sedar saya sudah berbaring di tengah jalan, terus angkat kepala, tersentak, bas berada di depan saya tak sampai satu meter, berderau, angkat badan terus secara automatik teriak tangis, "Anak usrah aku! (Si Kanak-kanak itu)" Dia masih berbaring, (sama saja macam Sakinah, kalau eksiden, suka baring lelama :P), terus menerpa kepada Si Kanak-kanak, " Sayang ok?, meh bangun meh," saat itu saya tak fikir langsung pasal diri saya, yang saya tahu, saya lebih utamakan si kanak-kanak. Saya hulurkan tangan saya ke bawah lehernya sambil cuba membantunya bangun, tetapi tangan saya tak mampu menampung berat dia, "Eh, kenapa ni," pandang tangan, nampak struktur tulang dah terkeluar, " Ah, terseliuh mungkin,"


Si kanak-kanak bangun dan terus memarahi Si  Wanita Iran yang membawa kenderaan sesuka hati, " Cant U see that white line? U need to stop," .. " Thats not my fault,".."U hit me!".." I tot u r still far,thats not my fault,".."U simply tot like that and  u hit me and  bla2,,".. saya datang ke sisi kanak-kanak yang membebel marah, " Kanak-kanak, dahlah, jalan ni dah jam sampai ke bukit naik ke masjid tu, meh kita setel kat tepi,"..then saya mintak Wanita Iran itu menunggu di tepi. Tapi sedar-sedar, perempuan itu hilang macam tu aje, aish, kalu tak nak mengaku salah sekalipun, at least tunjukkanlah rasa bertanggung jawab sikit, tanya2 keadaan kitorang or just help us to lodge police repot aje,
*****
Tangan saya semakin pelik, akhirnya Si Kanak-kanak memaksa juga saya ke Pusat Kesihatan UTM, sesampainya di sana, ramailah staff nurse yang berkata," Wah, ni kena ketuk ni tangan tu,".." Eh, mesti patah ni,"..Saya jadi celaru, janganlah, next week Final Exam,, tangan dah berdenyut2 semacam..sakit sangat,, tSi kanak-kanak p basuh luka, dia luka sikit kat kaki,,dan saya kne amek xray tangan, kat situ saya dah bising2, " Kak, saya terseliuh je kan?" akak tu senyum mcm terpaksa aja, saya keep bertanya, then lepas tengok result, dia kata, " Retak sikiiiiiiiit aje,jgn sedih2,",,masa tu saya terbayang satu benda, pinggan kalau retak lagi ok berbanding pinggan yang pecah,,so tak risau sgt lah kat tangan ni,,xpe2, boleh study lagi ni, boleh prepare 4 final exam,," Nah, adik bagi xray ni kat Dr kat depan tu ye,".
****
"Bunda, macam mana?" tanya kanak-kanak sambil duduk di sebelah saya,
" Akak xray tu kata bunda ok,", sengaja tak mau bitau pasal retak,
" Bunda, im so soryy! so sorry," banyak kalilah kanak-kanak ulang maaf tu, dan saya hanya tergelak, " No worries la dear,"

Dia dah berair mata, saya pulak jadi buntu, menunggu Dr memanggil setelah melihat x-ray saya,
*****
" Mutiara, we cant handle ur case, Abu, bawak pesakit ni ke HSA,"

Saya tergamam, dan Kanak-kanak lagilah,.
" Eh, retak aje kan Dr,,kenapa nak p HSA pulak,"
" Tak pe, p HSA dulu ya," kata Dr sambil senyum lembut,

 Masuk dalam ambulans, En Abu kata, " Patah teruk ni,".. " Tak de lah, saya retak aje,".."Patahlah dik,"


Saya saat itu dah libang libu hati, janganlah, ni final semester saya, tak kan nak kena extend kot,, tangan pulak makin sakit, berdenyut2, ngilu dan mcm urat kena tarik2,,sakit! 
Si kanak-kanak dah menangis teruk, sejujurnya saya pun nak nangis jugak, nangis sebab sangat-sangat sakit dan nak nangis sebab 'it is so sudden', saya tak sangka keadaan saya setruk ini dan berlaku di saat-saat saya nak sit paper, final exam for my final sem, Air mata dah nak keluar, saya pandang ke tingkap, Tuhan, Aku tak boleh menangis depan dia,,nanti lagi teruklah rasa bersalah dia,,tapi sakit ni tak leh kawal, saya gigit bibir, saya cubit peha, jangan nangis, jangan nangis,,
***
HSA, ICU Department,
" Kanak-kanak jangan masuklah, tunggu luar neh, p solat, p makan, lapar kan? Kantin kat sana, surau kat situ," but she insist to come with me,


Jumpa Dr,
" Kamu dah bitau parent? Kamu nak kena simen dan masuk besi jika di izinkan,"
" Eh, retak je kan Dr?" untutk berapa kali ntah solan itu sy ulang pada semua orang,
" Retak awak kate? tengok ur x-ray ni, putus 0ne line!" kate Dr sambil pembarisnya di tunjuk 'zap' ke xray di pergelangan tangan saya dan di tengah-tengah tangan saya
 dan saat itu juga 'zap' air mata saya turun jugak, memang dah tak leh kontrol,
"Bunda.." kanak-kanak tu dah start nak nangis
" So saya patah lah ni? Berapa lama nak recover? Saya ade exam ni"
"A'ah lah, awak patah ni, kite simen dulu ya"
Kesat air mata, pandang Kanak-kanak,
" Its almost 645 pm, dear p semayang asar ye, and p makan neh,"
" Tak mo, nak teman bunda,"
"Please,,"
"Bunda,,"
" Pergilah solat n makan, bunda lapar tau! tapau untuk bunda!" kata saya sambil buat muka chumel dan gelak, walhal saat itu hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya hati saya,,patah tangan? Ah! Tak mungkin!


Dia pandang muka saya, maybe confuse, tak tahu saya berada di emotional state yang mana satu, saya lemparkan senyum lembut, gemgam jemari dia, " Solat ok,,doakan bunda sihat..kamu pun mesti sakit badan kan,,"

Dr tu seakan faham , " Adik keluar ya, biar dia tunggu kat sini,"
Dia pun keluar dan saya duduk di ruang menunggu, dan saat itu air mata benar-benar turun laju, dah tak peduli orang lain, Dr Housemanship handsome pun saya dah tak peduli, orang kat sebelah pun saya tak peduli, yang saya tahu, tangan saya tersangat sakit dan hati saya tersangat remuk,, Allah~
*****
Kata orang, semakin dalam kita jatuh, semakin dekat kita dengan mata air,, malah, semakin gelap malam, semakin hampir kita dengan cerahnya siang..begitulah hidup saya, Tuhan menguji bukan sesuka hati, Tuhan menguji bukan dengan niat menzalimi, kata teman-teman," Mujurlah patahnya kiri, at least tangan kanan masih boleh menulis,"..jawab saya, " Bukan mujur, tetapi Allah sendiri sudah menimbang tara dan memilih dalam menguji,",,kan? Ada piawaianNYA dalam proses ujian..


Kenalan datang berbondong-bondong, ada yang datang bersama doa, bersama pelukan air mata, bersama makanan dan bersama wang,,kamu tahu, rupanya "cara" sebeginilah yang di guna Allah dalam menyelesaikan masalah kewangan saya, (hiks2,,kan tak rugi bila berbaik sangka?) Saya terpaksa menolak Materialise as Biomedical Softwre Engine, menolak Tutor di UM, menolak HICOM, dan menolak IBM kerana perlu berehat untuk proses recovery, kecewa memang kecewa, tetapi beberapa bulan sesudah itu, baru saya sedar, rupanya Tuhan mahu membawa saya ke laluan ini,,laluan berada di CAIRO ( Centre For Artificial Intelligence and Robotics),, dan alhamdulillah, di sini baru saya bertemu dengan jiwa dan kehendak saya yang sebenar,, Alhamdulillah, ketentuanNYA tidak pernah salah, dan tidak merugilah sesiapa yang berlapang dada dan bersangka baik denganNYA,, Alhamdulillah..


Owh, panjangnya, El Mariachi bace sampai habis ke? hiks2..

BEBELAN MUTIARA

1)  Undang-undang di cipta untuk keselamatan dan kebaikan kita, sila lah pakai helmet, hu, begitu juga islam, islam datang dengan perlembagaan dan undang-undang yang hakikatnya 'menjaga' kita,
2) Islam menjaga kita bukan sahaja dr segi keselamatan, tetapi kesemuanya, dari maruah sehingga ke keturunan.
3) Saat saya menerkam hiba dan bimbang kepada anak usrah saya waktu eksiden itu, saya terfikir, kasih sayang ibu bapa kepada kita adalah lebih besar dari itu, malah kasih dan cinta Allah kepada hambaNYA adalah lebih besar dari kesemuanya,
4) in every black cloud, there alwiz a silver lining
5) Tuhan menguji bukan tanpa perkiraan, setiap satu yang berlaku berada dalam neraca rahman dan kasih sayangnya,
6) Jadi muslim yang mukmin ini indah kan? Tiada keresahan dan kegundahan melainkan kita tahu yakni Tuhan pasti menyediakan ubat dan jalan keluar bg kita.
7) Alhamdulillah,,beruntunglah kita kerna berTuhankan Allah swt,, :)



Sayang selalu!


MUTIARA BERNILAI
*Tata! Mahu pulang ke kampung!

47 org kaki bebel buat bising:

Bidadari Syurga said...

eksiden!!!? skang dah ok ke? uuuuuuuuuuuu... sakitkan...? adoi dulu kita pernah ecsiden tangan kanan tulangnya renggang atau berada di luar lokasi sebenar...... kena simen gaklah... lutut pun luar lokasi gak... sudahnya sebulan dduduk rumah...

p/s: samalah kita.... lepas kita exsiden... kita kena langgar dari belakang lagi sekali... terus mak kita tak bagi bawak scoot gi keje... adoi.... sampai la nie... nak gi memana yg jauh org antarkan... kalau ngidam bwk motor... area umah yg takda kereta atau gi lepak aja...

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Tuhan belum uji saya dengan eksiden lagi....tapi baaaanyaknye ujian lain yang terpaksa gagal dahulu...dan alhamdulillah semakin lulus.

aimie amalina said...

hayooo...cm ni ke cite nye..kite punye la nk tawu keadaan akak tap x tawu nk tye sape..huuu..papepon, ade hikmah yg sgt besar kan kak..saye ase nk nanes plak bce ni..heehhe..

iKhRam said...

wow great..
ye la.. tp saya minta dijauhkan kalau itulah penyelesaian kepada masalah keewangan.. hehe.. gurau jer..!!

saya pun selalu jugak menghadapi masalah kewangan di hujung sem.. tp saya selalu berfikir..walauapapun terjadi, saya pasti mampu melalui semester sampai ke hujungnya walauapapun yg terjadi.. yup, saya berjaya lalaui dgn tenang dan perut yg terisi..

apapun, setiap yg berlaku pasti ada hikmah..

p/s - naseb baik tak nangis.. sebab hepi ending kan? apapun sedih jugak sket.. sebab terlalu menghayati watak adik tu..

EL MARIACHI said...

tq..tq..tq....terharu lak rasanyer asyik mention name kite je...walaubagaimanepun...memang terbaik entry ni...

habibi qalbi said...

mutiara..lama x dgr bebelan kamu.. kamu dah sihat sepenuhnya,kan? alhamdulillah jika ya..sy tumpang gembira..kamu selalu buat entri yg boleh buatkan airmata saya menitis mengingatkan kasihnya Tuhan pada hambaNya..mutiara..terima kasih jadik teman saya..sy syg sgt pd kamu..T_T..
semoga Allah melimpahi kamu senantiasa dgn rahmat dan kasih sayangNya..amin..

AI said...

- kesian...moga tabah...

Lelaki Ini said...

pnah excident juga!
sekarang sgt2 trauma!

s a r said...

assalamualaikum.

alhamdulillah. sihat sejahtera sekarang.

lain yang Allah janjikan. cuma kes cik pearl ni caranya sahaja agak tragis. :) alhamdulillah sekarang.

fuad ansari said...

Dari pengalaman sendiri, foreigner mmg memandu kereta agak merbahaya.. mungkin diorang tak berapa biasa dengan sistem pemanduan malaysia.. orang kata, diorang ni seakan2 bawak kereta dengan hati yang kering.. (",)

miskin macamana pun kita kat malaysia ni, jarang pulak kedengaran ada yg mati kebuluran.. (",)

Sunah Sakura said...

kisah ini membuatkan angah menangis lagi....

gadis Semalu said...

Salam kak =)

Begitu rupanya kisah akak patah tangan tu ye..
Stuju dgn akak, setiap peristiwa ada hikmahnya.
Tapi kadang2 kita nie je ha yang tak pikir panjang..haihh ;p

Aiman Ariffin said...

Omgosh mutiara,
I never knew you had what an experience. I for once had an accident recently too. Car was a total wreck but alhamdulillah, i just got a scratch. scary isnt it?

To still be alive walking on this surface called earth. Sometimes I wonder, is it a sign from HIM to warn me to remember who am I as HIS servant.

Let's learn from this tragedy and make a better life out of ourselves okay :) I love reading your writing! no matter how long it is, im sure ill read it till the end.

Balik kampung?! bestnye! sigh :( may u have a safe journey back to ur hometown :)

Afida Anuar said...

My dear mutiara.. sungguh la.. setiap kejadian tu, pasti ada hikmahnya...dengan 'patah tangan' Allah bawa kamu ke sini... benarlah, setiap apa yang Allah rencana tu, pasti yang terbaik tuk kita kan?....

terharu baca kisah kemalangan ni... lagi teruk dari fida punya kisah kemalangan;)

FasiHaH SupiaN said...

Allah sembunyikan mentari dan turunkan hujan untuk menghadiahkan pelangi..... :)

Cikli said...

mengikuti undang2 dunia juga boleh menyelamatkan kita besok di akhirat.

intan.maisarah said...

salam sayang
islam itu agama yang sempurna yang meliputi keseluruhannya.

sayang
rindu terubat hari ni
:)

liyana said...

in every black cloud, there alwiz a silver lining
like

kokser kokdam said...

saye trauma ngan pisau cukur...

=(

HEROICzero said...

dan kau orang yang kuat . =)

JARI YANG TERBARAI said...

hmm seksa eksiden ni, dulu ade skali gua eksiden teruk, efek sampai skang walau bertahun dah berlalu.. sebab tu kena hati2 dan pakai helmet sokmo

Mutiara Bernilai said...

@ Bidadari Syurga

ouh,,tangan kite masih sengal2, dan xleh angkat benda berat lg,,hu~

tp kite mcm gatal jugak nak p kerja,,so spanjang lapan bulan ni kite xminum ais dan air gas dah,,kalu minum, akn jd makin sakit-ngilu dan sengal tangan kite,,hu,

cik bidadari pun pernah eksiden eh,,hati2 tau!

Mutiara Bernilai said...

@ ahmad humairi

yup, masing2 ada cara ujina memasing kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

hiks2,,
bgitulah serba sdikit, xmampu nak share semuanya, sbb nanti jd makin panjang,.,


:)

Mutiara Bernilai said...

@ iKhRam


betul, jd student mmg sllau gak xde duit,, hiks2,,

xpe, alhamdulillah, segalanya epi ending,.. tp masih trauma la sket..

adehh

Mutiara Bernilai said...

@ EL MARIACHI


^____^

khas untuk kamuu la EL :)

Mutiara Bernilai said...

@ habibi qalbi

he, hanya kamu seorang je Bi yang suka sgt dgn bebelan mutiara,

hm, xdelah sepenuhya sihat, tangan masih sakit, still nak angkat laptop sebelah tangan ni pon stil xmampu,,

tp berdegil jugak nak kerja sbb dah biasa bz dan bgerak kije mase kat u dulu,,xpandai la dok senyap2 kat umah xwat pape.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ AI

insyaAllah, sedang mencuba,,
:)


tq

Mutiara Bernilai said...

@ Lelaki Ini


eh? mesti terukkan eksidennya?
sy pun trau ma jugak,,masih lg trauma,, hu~

Mutiara Bernilai said...

@ s a r


alhamdulillah,

masing2 ada bahagian masing2 kan?

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

betul2,,
mereka bawak laju sgt,,
tp lesen malaysia mereeka ade je,,

:)

insyaAllah, pasti Allah akan buka pintu rezki,

Mutiara Bernilai said...

@ Sunah Sakura

Adeh,,ngah, jgn nanes ngah..hu~

Mutiara Bernilai said...

@ gadis Semalu

betul2,
kadang2 ada masanya kita terlupa nak reflect semula setiap ujian yg datang kpd kita,,sbb tu perlunya ade teman yg soleh kan? :)

Mutiara Bernilai said...

@ Aiman Ariffin

wah,
alhamdulillah, thanx aiman for ur reflection n enlighment,, :)

betul, kadang bila terasa nyawa dah di hujung tanduk, time tu lah terpapar segala dosa2 yang telah saya buat di bumi ni,,betullah kata Nabi Muhammad, kematian itu merupakan sebaik2 peringatan buat kita,,

Aiman, kamu pun please hati2 ya kat sana :)

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

dear afida,
truly agreed with u.,
segalanya PASti ade hikmahnye,
kan?

:)

Mutiara Bernilai said...

@ FasiHaH SupiaN

hurray!
along suka hujan dan pelangi!
lalalalala~
thanx alang 4 ur wrmth reminder. :)

Mutiara Bernilai said...

@ intan.maisarah

yup. islam itu syumul, meliputi segalaya,, ;)


sayang,
hu, rindu i x terubat.
rindu sara~

Mutiara Bernilai said...

@ kokser kokdam

pisau cukur?

erk,,saya trauma bila naik krete dan org tu tekan brek,

rase mcm terbayang2 aje scene sy melompat melepasi kereta maroon tu,,

hu~

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero


dan aku tak sekuat yang kamu sangka,,~
hu,,

Mutiara Bernilai said...

@ JARI YANG TERBARAI

hu, lama kan efek dia?
adeh, awak dah ok ke?
jum same2 jd lebih bhati2 ya!

:)

Abd Razak said...

Assalamualaikum MB...

Moga sihat hendaknya..

Tiada daya dan upayanya kita melainkan dengan bantuan Allah semata..

RedVixen said...

wahh saspennyaa.... sekarang dah ok ke?? nasib baik semua selamat.... itu yang lebih penting...

nurkass said...

salam my dear..
sesungguhnya hikmah yg tersirat dtg dari pelbagai jenis dugaan..
thanks dik..at least n3 ni jadi motivasi buat diri kita..

Huda said...

the power of 'besangka baik' kan na..sentiasa ingat kan aku neh.luv u always~

ariana's said...

Syukurlah mutiara tak apa-apa ye..
Ujian tuhan keatas kita, sebab dia tahu kita mampu..dia takkan uji diluar kemampuan kita.