09 November 2011

Lantunan Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 



Anna mengamati kemas akan susuk tubuh yang berada samar-samar di kejauhan. Sekejap di buntangkan kedua bebola pancainderanya dan sekejap di rapat-rapatkan pelupuk matanya, cuba memastikan 'siapa' yang sedang berjalan penuh wibawa di tengah kegelapan malam ini.

Ah, bukan seorang, malah bertujuh lelaki berkening lebat sedang semakin menghampirinya. Kacak, tetapi mereka siapa? Langit dan bulan seperti tidak mahu bekerjasama dengannya, gelap malam benar-benar membuatkan Anna buntu, di mana dia berada, siapa lelaki-lelaki itu dan kenapa dia boleh berada di tengah belantara seperti ini?

Mereka semakin hampir dan ketujuh lelaki itu kelihatannya pergi ke satu sudut, mengelilingi sebuah katil yang di atasnya terbaring satu jasad. Anna makin celaru, Ah siapa di atas katil itu? Di amati lagi penuh tajam, Tuhan, itu aku! Kenapa aku bisa berada di atas katil itu? Sedangkan aku di sini? Buntu!
Kesemua lelaki itu bersila mengelilingi katil, sedang seorang lagi bangun dan memandang tepat ke arah Anna yang sedang bersembunyi di balik perdu rimbunan pepohon hutan. Dia tersenyum pada Anna, mukanya persis amat dengan Jonny Depp Si Aktor kacak, lunak suaranya berkata,

"Kenapa menyorok di situ? Ayuh ke mari, kita saksikan bersama-sama"

Anna menggelengkan kepalanya laju-laju. Mereka tahu aku di sini?"Mulakan sahaja, dia tetap dapat memerhatikan kita," sampuk seorang lelaki yang lain.

Si lelaki yang berdiri menganggukkan kepalanya, lalu duduk di birai katil dan berkata,

" Wahai hati yang di miliki jasad, lantunkan apa yang berada di dalammu"

Dan saat itu hutan yang seawal tadi sunyi bertukar menjadi tempik bingit yang berselang seli antara amuk, carutan, dan sumpah seranah. Bahang. Terasa seksanya.

" Bukan ini yang kami mahu. Hati, lantunkan lagi. Kesemua yang ada di dalammu"

Tetap sama, hingar yang menyesakkan dada dan telinga.

Ketujuh-tujuh lelaki itu melempar pandang pada Anna yang sedang terketar di rimbunan pohon,

" Ini bukan yang kami cari dari hatimu Anna, dan kami tidak dapat membantumu."

Lalu setiap satu dari mereka bangkit dan meninggalkan Anna yang sedang terduduk meraung kesakitan atas bingit tempik hatinya sendiri. Lelaki yang terakhir menoleh ke arahnya dan berbisik, "Kenapa tiada langsung lantunan dzikir Tuhan dalam hatimu sayang?"

" Aku,,aku tidak tahu,"

" Kau tidak perlu menjelaskan apa-apa Anna, hatimu sendiri mampu menjadi saksi 'siapa' kamu sebenarnya. Ayuh keluar dari persembunyian itu, lihat akan dirimu sejelasnya, yang di katil itu adalah jasadmu sedang kamu yang sedang menyorok itu adalah 'jiwa'mu..keluar dari situ"

Anna perlahan-lahan keluar dan mendekati jasadnya yang terbaring di katil, ternyata susuknya sekarang tidak sama seperti yang berada di atas katil. Sekarang, dia kelihatan uzur, tua, penuh berdaki, rambutnya serabai, malah berbau busuk yang amat.

" Jiwa kamu kotor Anna. Bersihkan ia selagi kamu mampu,"

Anna berpaling, namun lelaki itu sudah tiada. Dan air matanya seoalah bersepakat dengan langit yang saat itu menurunkan hujan lebat secara tiba-tiba.



Bebelan Mutiara

1) Rindu amat kepada kalian! Rupanya sudah sebulan saya senyap
2) Agak-agak, apa lantunan hati kita saat ini ya?
3) Ini sebenarnya mimpi seseorang yang dahulunya pernah hanyut jauh
4) Salam Idul Adha. 







MUTIARA BERNILAI
*
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

30 org kaki bebel buat bising:

HEROICzero said...

Aku kira, "Anna" sangat beruntung. ada yang hadir dan memberi pesan pada dia .

dan kita manusia biasa, bukan kah perlu dipesan dahulu baru mahu mula langkah ?

sebab itu aku kata , "Anna" beruntung.


++++++++++++++++++++++++

Salam eid al-Adha . =)

Kakzakie said...

Masih bersyukur kerana peluang masih diberi walau dlm keadaan uzur. Bayangkan kalau tiada lelaki tersebut sampai bila-bila pun Anna akan hanyut dan bersembunyi dlm kekotoran... Na'uzubillah..

Lama benar cuti dik...

aimie amalina said...

sungguh bertuah jasad dibadan jika mampu mendapat mimpi sedemikian,
Tuhan masih syg..
alhamdulillah..

lantunan hati? masih tercari2 bunda..=(

salam aidil adha bunda! =]

Mutiara Bernilai said...

@ HEROICzero

beruntung Anna.
tp sayang, Anna jenis selalu lupa.
HeroIc tolong sekeh sikit kepala dia..


---------

salam idul adha juga kamu :)

Mutiara Bernilai said...

@ Kakzakie

yup akak, kdg2 kita tak sedar yang kita juga mungkin sama mcm Anna tu,,


MC dr blogger kak,,

rindu akak!

Mutiara Bernilai said...

@ aimie amalina

Tuhan sayang sama kita..kadang kisah Anna juga boleh menjadi sumber hidayah n refleksi utk diri kita kan?


---------

salam eidul adha syg!

Waqheh said...

mutiara lu gua simpan utk masa depan...

fuad ansari said...

moga hati melantunkan kebaikan dikala jasad penuh kesan pengorbanan..

p/s: kelihatan mutiara sudah berada di daratan setelah sekian lama bersemadi di dasar lautan.. (",)

Afida Anuar said...

Beruntung Anna...

sebulan dah yer.. rasa baru semalam mendengar bebelan mutiara. Pantas sungguh masa berlalu...

ghost writer said...

*lama gak aku tak datang sini.


kalaulah suatu yang digambarkan sebegitu merupakan suatu infiniti yang lebih jelas pada pandangan kita,ternyata kita merupakan orang-orang yang diingini-NYA.

namun,ia masih tidak mustahil.

Mutiara Bernilai said...

@ Titisan Hujan

yok, doakan anna dan diri kita jugak..

Mutiara Bernilai said...

@ fuad ansari

amin ya rabb..

p.s masih di lau la fuad, laut kehidupan..daratan bukan tempat saya..cuma sebulan ini saya menutup kemas2 cengkerang saya,,tidak mahu keluar menukil kata,, :D

Mutiara Bernilai said...

@ Afida Anuar

Fida tak rindu kite ke?
hm, yup, masa memang semakin pantas, atau mungkin kita yang tak terkejar dgnnya..

Mutiara Bernilai said...

@ ghost writer

ghost, kata2 kamu tak pernah gagal membuat aku terkesima, aku suka, terima kasih.

Abg Stalker said...

alamak..abg ni sastera mmg failed ckit.abg baca tp x dpt nk tgkp lg keseluruhannya :( mgkn sbb skrg tgh berada dlm kesakitan,tgn kanan abg yg retak lg skli.so sorry..jujur abg suka cte ni.ada sesuatu isi yg ssh abg nk huraikn.trm ksh dtg blog abg. :)

p/s:tips tuk dekati lelaki da ada rsnya..cuba cri kt blog achieve abg. :)

Mutiara Bernilai said...

@Abg Stalker

atoi, ini bukan sastera, ini repekan bahasa sahaja ,, tangan sakit lg? jg diri okies,,


p.s sy guro je la pasal tips tu,, :P

shameel Iskandar said...

Anna menemui cahaya setelah sekian lama tersesat di belantara keliru dan setelah sekian lama hanyut di samudera celaru

Mehmed - said...

mari diubati sebelum kita mati...

selamat aidil adha cik kak..hehee!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

betapa beruntungnya dia masih ada yang sudi datang untung mengingatkannya sebelum dia pergi.selagi punya nafas selagi punya peluang.

Mutiara Bernilai said...

@ shameel Iskandar

setelah tersesat, Tuhan berikan 'sentapan', moga Anna benar2 sedar,,

Mutiara Bernilai said...

@ Pembunuh Tanpa Bayang


alhamdulillah, benar, rahmanNya lebih besar dr dosa2 kita dear.


---------------
awak, sy rindu awak,, :D

maCy said...

satu. rindu.

dua. perubahan pada stail entri (bukan isi). kemas. dan makin seronok utk dibaca. biasanya semakin lama menulis, semakin penulis mengenali cara bagaimana utk menarik pembaca. tahniah :)

tiga. ya, ini skandaldarilangit. ska. yg pupus itu~

Mutiara Bernilai said...

@ maCy

satu. rindu jugak.

dua. masih belajr ni ska, bantu2 saya. eh, nak panggil ska ke macy?

tiga. kamu x pernah pupus d hati sy. :D

maCy said...

=)

nak tips dkt blog lama ada.. sebab macy pun pernah belajar dan berkongsi :)

oh. sebenarnya semua sudah mula panggil nama macy, tapi tipulah kalau kata tak rindu nama ska. dan pertemuan kali ini mengimbau semula :)

yg ketiga itu. terima kasih. *blush* :p