Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
ms paint. invert
Pandang sekeliling, kadang selalu juga jatuh rasa cemburu melihat kehidupan dan kebahagiaan manusia selainnya. Terkadang tak pernah lepas dari membanding antara kehidupan mereka dan kehidupan diri sendiri. Melihat tenangnya mereka menghadapi hari, maka dengan semudahnya kita menafsir bahawa kehidupan mereka tidak pernah di tebak dengan kecundang masalah dan kegundahan bahkan saat mereka melempar senyum bahagia, kita seperti seawalnya tadi tetap semudahnya menghakimi bahawa kehidupan mereka- mereka yang sedang tersenyum itu pasti sedang bahagia, berjalan lancar dan tiada duri duri yang mengganggu perjalanan cerita mereka.
Namun seputar masa berlalu, di angkat Tuhan akan hijab sebenar erti kehidupan, yakni setiap manusia punya jatuh bangunnya, punya saat tawa tangisnya dan punya juga saat bangga malunya. Saat melihat kegembiraan yang terserlah di luaran seseorang, kita lupa sama sekali untuk meneliti akan jerih payah dirinya dalam meniti kehidupan. Lihat itik itu, ada kamu nampak akan bersilang-silang kakinya mengayuh melawan arus untuk maju ke hadapan? Nyatanya, kehidupan tetap berjalan sebegitu, sekejap ia membuat kau enak dan sekejap ia buat kau gusar penasaran. Kemas-kemas simpan di dalam hati, mahu yang selamanya indah-indah itu tempatnya bukan di dunia, tetapi di sana, akhirat. Maka, di dunia ini tempat kau berpenat-penat bagi memastikan kau di sana (akhirat) berehat-rehat.
Namun seputar masa berlalu, di angkat Tuhan akan hijab sebenar erti kehidupan, yakni setiap manusia punya jatuh bangunnya, punya saat tawa tangisnya dan punya juga saat bangga malunya. Saat melihat kegembiraan yang terserlah di luaran seseorang, kita lupa sama sekali untuk meneliti akan jerih payah dirinya dalam meniti kehidupan. Lihat itik itu, ada kamu nampak akan bersilang-silang kakinya mengayuh melawan arus untuk maju ke hadapan? Nyatanya, kehidupan tetap berjalan sebegitu, sekejap ia membuat kau enak dan sekejap ia buat kau gusar penasaran. Kemas-kemas simpan di dalam hati, mahu yang selamanya indah-indah itu tempatnya bukan di dunia, tetapi di sana, akhirat. Maka, di dunia ini tempat kau berpenat-penat bagi memastikan kau di sana (akhirat) berehat-rehat.
Dan bodohnya aku, kerana menganggap bahawa senyuman itu hanya milik orang yang tak punya derita. Walhal senyuman itu milik mereka-mereka yang bahagia dan bangga, bahagia dan bangga dengan setiap suka dan duka dalam lakaran kisah hidupnya.
Bersyukurlah. Berbahagialah.
Bebelan Mutiara
1) Jadilah kita anak-anak akhirat bukannya anak-anak dunia
2) Saya semacam begitu menikmati keindahan menconteng ms paint. oh!
3)
MUTIARA BERNILAI
*Ada orang ajak saya p Jepun 31/3-8/4/12.
Merasa bebunga sakura jatuh menyentuh pipi.
*Ada orang ajak saya p Jepun 31/3-8/4/12.
Merasa bebunga sakura jatuh menyentuh pipi.
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.
63 org kaki bebel buat bising:
mesti senyum dengan setiap dugaan dan ujian yang diberi.baru tabah hati.senyum jom =)
yg bawah air tu punya la beralun
seronoknye menikmati kehidupan di sini kalau ingat di sana.
seronoknye melalui kesakitan, kerana orang lain tidak melaluinya, tetapi aku sedang lalu..
emm3..berbahagia lah kan bunda!
bundaaa..kenapa tulisan dn lukisan tu comei sgt...ajarin anak muuu nii..heeee
nak gi jepun...sakuraaaa!!!!heee
aku nampak notakecil mengatakan kau mo pegi jepang. wahh.
bukan kah itu juga yang selalu kita perbuat.berpura bahagia sedang di dalam gelodak.
Sebenarnya ramai yg nampak gembira walau disebaliknya ada derita begitu juga ada yg senyum di sebalik tangisan...
hari ini berilah seseorang dengan sekuntum senyuman anda. mungkin senyuman anda itulah senyuman yang terakhir dinikmatinya
lawa jugak mutiara menconteng di atas ms paint tu ye..
hampir mustahil utk orang beriman itu hidup tanpa ujian dan keperitan..
kerana sy merasakan, tiadanya ujian dan keperitan, bermaksud tiadanya syurga..
biar la kepayahan tu disimpan tnp meluahkn,sekurgnya jerih yg kita rasa tu pasti akan terbalas.
@ penjajah minda
baek,
^__________^
nah, senyum utk kamu ..eheh
@ JIJI YU
beralun sbb kaki itik tu laju sgt2..heheh..
nk ikut
@ aimie amalina
yup, masing2 ade kasut masing2.
berbeza kasut, tp utk tujuan yg sama - ibadah kpd Dia,,
aito, x pandai menconteng la, buat2 aje tu.,
@ oranglidi
mau pergi..x semestinya pergi..kan?
kalu pergi, boleh la ak lukis sakura jatuh ke muka..tp kne berguru dgn sifu OL dulu la kan? bley?
@ ghost writer
tidak berpura bahagia ghost, tapi memilih untuk bahagia.. :)
@ Kakzakie
yup. yang penting, kita optimis..kan? :D
@ sahromnasrudin
erk..kelu sebentar..
thanx saudara sbb mengingatkan..
@ fuad ansari
setuju amat dgn kamu fuad.
yup, sedangkan kita di cipta kerana untuk di uji,,kan?
@ Sunah Sakura
(:
@ Abg Stalker
yup, setiap air mata dan peluh, sudah pun berada di dalam hitunganNYA..kan?
@ Titisan Hujan
jum!
syukur dgn apa yg dianugerah. pandang kebaikan org lihat keburukan kita...
wahhh pandainya melukis di ms paint!
mutiara, semalam terdengar ustaz pahrol, dia kata...janganlah kita meminta kehidupan yang mudah, tapi pintalah moga kita diberi ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi liku2 kehidupan, rasanya ada kaitan dengan entry mutiara....
walau payah sekalipun, insyaAllah...akan ada kebaikannya kelak utk kita. Jangan lupa, untuk sentiasa tersenyum di hati, dan di sini;)
memilih senyum tenang dan bahagia =)
ya
saya masih jauh dari untuk tetap optimis ketika berdepan dengan kesedihan/kesusahan.
hurm.
letak dunia dalam genggam tangan bukan dalam hati :)
kaku dlm keterpesonaan
agar Allah menginjakkan diri
ke tarbiyah yg abadi...
pasti 'kau' cemburu lihat mereka tersenyum , kerana senyum2 mereka kerana dengan calar2 yang tinggal tapi tidak beri kesan .
Nah , 'kau' pun boleh jadi sehebat mereka . berhenti mengeluh berhenti mengaduh .
=)
@Waqheh
kan? bersyukur dan berbahagia dgn setiap ape yg kite ada :)
@ Afida Anuar
ouh ye? ustaz pahrol beri talk di mana?
yup syg, terima segalanya dengan positif,,kerana itulah sebabnya Allah menciptakan kita..untuk menguji,,
senyum!
@ monologtinism
yup, memilih untuk hidup dlm keadaan tenang dan bahagia.
@ april
April,
aku juga kadang begitu, ah hati juga seperti kehidupan, sekejap sekejap ia berbolak balik,,tp ibu aku kata, latih diri untuk itu, kerna alah bisa tegal biasa :)
@ MR . ORLANDO AHMAD
Tuhan,
Sudah lama x mendengar kata2 ini.
terima kasih ahmad :P
dunia di tangan, sedang Allah itu di hati :)
kuceng kamu ape khabar?
@ nahmy
insyaAllah,
kerna sesungguhnya kehidupan itu sendiri adalah tarbiyyah :D
@ HEROICzero
Kamu.
*anggukanggukkepalasambilkesatairmata*
Kamu selalu dapat mencari kesimpulan yang tepat pada setiap entri aku.
Terima kasih untuk itu.
:)
menaraik blog nie..:D
senyum memerlukan ketabahan
senyum.. tak perlu apa2...
kita selalu fikir tntg itik..
tp ernah kita fikir apa yg dirasa jikalau mnjadi itik..
betapa sukarnya mnjadi manfsa danpmangsa secara serentak..
tp itulah khidupan
sebenarnya semua org melalui pahit dan getir yg serupa
yg mmbezakan adalah
Allah ya tahu setakat kmampuan hamba2nys..
tu jer..
p/s - g jepun nnt elok2 k
ada gak ilmu di situ..
@ Selendang Merah
*senyum*
thanks ye singgah sini :)
@ Cikli
yup. moga kita d berikan hati yg tak pernah lelah untuk sentiasa tabah
@ iKhRam
senyum x perlu kata apa2.. :D
betul, hakikatnya setiap orang ade kisah mereka memasing kan..
so, bersyukur dan berbahagialah..kan?
SALAM,
SINGGAL KALI PERTAMA. SALAM PERKENALAN. DATANG LAH 18 DIS NANTI. KALAU SETAKAT KL/SEREMBAN TU, LF BOLEH TOLONG URUSKAN TRANSPORT
assalamualaikum miss pearl. :)
ada pula hari ni mereka tersenyum dengan kebanggaan dunia.
redha. senyum memang milik semua yang menghargai segala suka dan duka.
ujian tiada, mungkin kita tidak akan menghargai erti hidup di dunia. :)
seringkali saya pilih senyum no matter what... dah segala kesedihan milik Dia saya adu nasib....
itulah life.. dalam hati tiada siapa tahu melainkanNya
Allah nak bagi syurga bukannya senang kan..:)
org yg sabar ganjarannya besar..:')
suke baca entri awk.
pengalaman mencorakkan kehidupan.
dill.
Dear Mutiara,
MasyaAllah, I nearly teared reading your post. I feel so much positivity in your post. I wish I can print every wise wisdom words that you write as a source of inspiration for me whenever I feel down.
Do know that your writing inspire people and it gives hope and strength too :-) I know, because I do :-)
lamanya tak dngr bebelan mutiara. hehe.
Jom jadi itik!eh seperti itik..:p
wow great post thanks
bukan semua kita perasan sebenarnya...
@ luahfikiran
insyaAllah, sedang d usahakan :)
@ s a r
dear s a r
ya, tepat amat kata2 kamu.
ujian tiada, kelak rasa hamba pun tiada.
@ Bidadari Syurga
yana, lamenya x kacau blog yana..
yup, kuat d mata manusia, n mnunduk n lemah d depan Allah :D
@ hara
yup kehidupan punya rahasianya tersendiri, :D
@ ✿Dear Yayah✿
yup, jadi ayuh kita pilih untuk besabar dan redha..iya, pasti di hujung sana ada sinarnya :D
@ dill
dill, truly agreed wif u dear :D
@ Aiman Ariffin
Subhanallah, tiada apa2nya pada bebelan mutiara, cumanya kamu insan terpilih yang telah Tuhan pegang hati kamu agar terinspirasi dgn kata2 saya yang biasa2 sahaja ini. Iya, segalanya dr DIa.,bukan saya :D
DIA sedang memberi kamu inspirasi :D
@ oranglidi
OL. nak je membebel hari2, tp takut ada yang bosan :)
huda,
aha..mari2.belajar dr alam :D
@ model pakaian muslim wanita
:D
tq sudi singgah
@ Republic
ye, bkn sume kite nampak,,yg kite tgok adelah kebahagiaan manusia lain, sedangkan duka lukanya kita tak tahu..kan..
artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal
Post a Comment