Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hidup, selayaknya kata orang di gelar neraka. Ia mengganas, menggulingkan kita, memutar kita ke atas ke bawah, malah kadang ia menggila sehingga kita sendiri terasa gila dengan segala kekalutan dan masalah ini.
Ya, masalah. Masalah yang kadang terlalu menggunung sehingga tak tertanggung bahu menahan beban, perit yang terlalu memberat sehingga hati terasa pecah halus berdebu menanggung beratnya rasa di dada, bahkan seakan terjatuh menjunam diri di dalam mental bumi malah seolah lebur jasad kita dengan panasnye cecair bumi yang tersorok di dalam.
Mari, mari ke sini, datang kepadaku, mahu aku peluk bahumu dan bisik halus akan pesan Tuhan. " Kamu, percayalah, di mana sahaja wajahmu di hadap, di situ ada Tuhan. Kamu ketawa bersendaloka, Dia ada. Kamu menangis gundah, Dia ada. Kamu tertunduk kemaluan, Dia ada. Kamu resah bersendirian, Dia ada. Kamu berlagu nestapa, Dia ada. Kamu rawan kelelahan, Dia ada. Kamu terawang bahagia, Dia ada.
Saat aku perkatakan sebegitu, pasti kau terburu-buru menyoal, jika benar Tuhan selalu ada, lalu mengapa di curahkan segala derita ini kepada aku? Sabar sayang, jangan tergocoh dalam menebak percaturan Tuhan, semua ini sudah tercatat indah dalam hitam putihnya louh mahfuz Tuhan. Masalah itu hadir supaya kita lebih mengenal diri, iya iyalah sememangnya di beri ujian untuk menguji kita, tetapi hakikatnya Tuhan sendiri sudah tahu benar akan warna di hatimu, tidak perlu untuk Dia menguji sekadar mahu tahu apa di hati kita..Dia sudah tahu seawalnya lagi.. jadi untuk siapa juga ujian ini di beri? Untuk diri kita sendiri, untuk diri sendiri sedar akan diri - kita hamba, untuk diri lebih kenal lemah kerdilnya kita - kita ciptaan. Manusia yang kenal dirinya, akan mengenal TuhanNya. Manusia yang arif dengan siapa dirinya, akan arif akan siapa TuhanNya
Saat aku perkatakan sebegitu, pasti kau terburu-buru menyoal, jika benar Tuhan selalu ada, lalu mengapa di curahkan segala derita ini kepada aku? Sabar sayang, jangan tergocoh dalam menebak percaturan Tuhan, semua ini sudah tercatat indah dalam hitam putihnya louh mahfuz Tuhan. Masalah itu hadir supaya kita lebih mengenal diri, iya iyalah sememangnya di beri ujian untuk menguji kita, tetapi hakikatnya Tuhan sendiri sudah tahu benar akan warna di hatimu, tidak perlu untuk Dia menguji sekadar mahu tahu apa di hati kita..Dia sudah tahu seawalnya lagi.. jadi untuk siapa juga ujian ini di beri? Untuk diri kita sendiri, untuk diri sendiri sedar akan diri - kita hamba, untuk diri lebih kenal lemah kerdilnya kita - kita ciptaan. Manusia yang kenal dirinya, akan mengenal TuhanNya. Manusia yang arif dengan siapa dirinya, akan arif akan siapa TuhanNya
Allah, terimalah kami kembali, anugerahkan kami yang terhimpit dan lupa diri ini dengan kemudahan urusan serta hati yang tak pernah kenal lelah dengan ujianMu. Agar nanti bila kami benar-benar kembali ke sisiMU, Kau ganti tangis esak, raung tempik dan kerutan wajah si pendosa di dunia ini dengan indahNya syurgaMu..Jika akhirnya memang benar, masalah-masalah yang mendatang inilah yang menjadi lubuk pahala untuk aku melihat wajahMU.
Dan aku dalam enak menasihatimu, diam-diam ku seru hati sendiri untuk sama sedar akan diri. Kamu, Dia ada. Selalu ada untuk kita, meski kadang hakikatnya Dia-lah yang tiada di hati kita.
Bebelan Mutiara
1) Al Baqarah 115, 155
2) Ada problem? Relax la,
3) Kenal tak sama dengan mengarifi.
4) Kata orang, kalau tak mampu membawa bekal dengan ibadah berbukit-bukit, dengan sedekah yang menggunung, solat yang sampai bengkak kaki dan lebam dahinya, ayuh, kita bawa bekalan 'redha', redha dengan setiap apa ujian yang mendatangi kita.
5) Dia selalu ada. Selalu ada.
5) Dia selalu ada. Selalu ada.
6) Sekali untuk kamu, sejuta kali untuk saya.
7) Frodo mane? Hilang di telan gunung gelanggi?
7) Frodo mane? Hilang di telan gunung gelanggi?
MUTIARA BERNILAI
hujan ribut di luar, bimbang lagi akan ributnya di dalam hati.
menulis sambil berheadphone lagu Sahaja Aku MencintaiMU - Du'a
31 org kaki bebel buat bising:
dia sentiasa ada menanti kita hadir padanya..dia dekat dengan kita lebih dari urat yang berselirat dibtang tengkuk kita..tapi kita yang sering lari darinya
hati sedang merasa kosongnya hidup aku sekarang.dan aku teringin mahu menangis tapi tiada airmata dan esak kedengaran....
sedang sakit.
kepp it up... semoga semuanya akan baik2 saja
redha itu berkait dgn ikhlas
Mana tempat yang kita rasa Dia tiada?
Tiada!
segalanya sudah tertulis....
tidakkah utk diperkenal akan syurga maka kita perlu dilahirkan dulu? malang bila syurga yg perkenalkan ramai pula yg memilih neraka sbg destinasi akhir....wallahualam
ujian datang bertimpa.
hanya Dia menjadi kekuatan.
Pendengar, Penenang, Pengasih, Pemaaf, Pencinta.. cuma Dia.. bukan manusia..
Tuhan yg telah bantu Nabi2 terdahulu dan para sahabat r.anhum, Tuhan yang sama akan bantu kita kalau kita yakin dan hampir kepadaNya.. (",)
assalamualaikum miss pearl. :)
alhamdulillah. Dia memang sentiasa ada. bantuan Dia memang sentiasa dekat dengan kita bila kita benar2 sedar pada apa yang jadi dgn kita setiap detik. :)
Tuhan maha adil, benjy percaya itu.
walaupun kita menderita tetapi kita patut bersyukur sekurang-kurangnya kita masih mempunyai masa bertaubat sebelum dipanggil olehNya.
Kalau menderita doa adalah pengubatnya ... ubat yang paling mujarab dari segala ubat.
Mungkin kita tidak sedarinya namun yang telah merasa nikmat doa pasti mengulanginya lagi.
semoga iman dan ketabahan dapat membantuy kita sepanjang perjalanan yang jauh dan susah tetapi singkat masanya.
Allah itu wujud....wujud ertinya ada...
aku terharu dgn yg ini..maaf sayng kerna jarang hadir disini..tapi bingkisan kamu sering buat aku sedar..makasih
Assalamualaikum...
Sentiasa beringat di mana sahaja kita berada atau apa jua keadaan kita jangan sesekali kita keluar dari daerah kehambaan. Jika kita cuba keluar itu menunjukkan kita cuba bersaing dengan Allah...
mutiara......
Selamat Bersabtu!! :))
masuk syurga atas sebab rahmat, nak harap kite nyer ibadat, aduuss,
solat snat 1000 kali pown belum tentu nak tandingi rahmat Allah, hebat Allah
so inspiring! sebab tu saya suka awak. kalau awak ada, tiap-tiap saat saya boleh dengar bebelan awak, tapi siapalah saya untuk awak kan? 6 tahun saya tunggu,setiap kali di tanya, jawapan awak tetap sama.
RHT
kadang kita sedar semua itu , cuma nya , kita masih perlu untuk hadir orang lain mengingatkan kita.
untuk semua itu , Ameen .
My dear mutiara....
Allah..Allah...Allah... terasa seperti disuntik semangat bila akak baca entrymu ni... sesungguhnya banyak sekali perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni...suka duka...tangis tawa...Allah kan ada..
terima kasih!
terasa getir hidup saat ini. sedang mungkin baru sahaja melalui 1/3 kehidupan..
Dia yang selalu ada tapi dicari yang selalu tiada
^______________^
terasa sesak didada makin kurg dgn ini
syg bundaaa!
betapa kerdilnya kita.
at last!!saya rindu bebelan kamu ena..=)..thanks ena..=)
best entry ^-*,tiada ujian yang berlaku pasti Allah janjikan sesuatu
selalu ada...
Post a Comment