13 February 2012

Dia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Tempohari, ayah ibu menyinggah ke Kota Batu dan Debu. Berjanji dengan Si Kakak dan Si Abang untuk menjemput ayah ibu bersama, lalu menunggu Si Kakak di Transit yang agak jauh dan terlalu asing buat saya yang bermastautin di kawasan Wilayah. Saya memilih untuk duduk di tembok sambil menyambung baca karya Andrea Hirata,  sesekali mata melingas memandang setiap manusia yang lalu. Ah, tempat ini nyatanya mengundang seram di hati saya. Oh bukan seram kepada yang 'halus', tetapi gelodak risau kepada manusia yang punya sisi yang pelbagai warna. Paranoid mungkin, lebih -lebih lagi setelah kawan serumah di ketuk kepalanya sehingga pengsan lalu di rompak barang2nya. Sebulan cuti rehat, pendarahan dalam kepala. Lalu, bagaimana aku tidak paranoid dan lingkas-lingkas takut?

Satu masa, lalu di hadapanku seorang lelaki muda yang matanya tajam memandangku dan keningnya berkerut hebat. Berbisik terus dalam hati, " Ya Allah, lindungi aku dari kezaliman manusia. Dia kelihatan berniat jahat"

Di ulang -ulang laju, namun saat dia melepasi aku, dia hanya menunduk dengan bibir yang di gigit. Saat mahu mengungkap hamdallah ( Alhamdulillah), tertampar sendiri dengan busuknya hati,

" Awak!"

Dia menoleh dengan mata yang buntang. Hairan mungkin.

Saya berdiri dan mendekat, " Maafkan saya, saya dah bersangka buruk dekat awak,"

Dia hanya terdiam tapi matanya memandang tepat ke wajah saya. Saya di rundung gelisah, Ah, kekuatan apa yang membuatkan aku seberani ini untuk jujur dan meminta maaf? Gila, maunya di lempang aku sat lagi? 

Dia tetap berdiam dan merenung saya, reaksi mukanya tidak mampu saya baca, lantas dengan kekalutan dan kecuakan yang memuncak, saya terus mencapai cookies Famous Amous dan coklat dari plastik Sogo.. Nah, amek la..saya minta maaf, awak jangan marah saya. Dan saya terus berpaling untuk lari..

"Awak!" dia pula memanggil saya.

Lambat-lambat saya berpaling semula kepadanya, dengan wajah menunduk.. Ya Allah, kalau dia nak marah aku atau nak pukul aku, aku redha kalau itu balasan cash sebab bersangka buruk,,Walhal sejujurnya waktu itu saya cuak amat.

" Apa yang awak sangka buruknya?"

Saya hanya diam.

" Awak ingat saya nak curi beg awak ni ke?"

Saya kalut.

" Hm,,awak, saya salah cakap tadi, takpe lah awak lupa kan aje neh, saya pun nak cepat ni, nak awak amek ni,,saya minta maaf eh,"

Saya hulurkan pula not kertas buat dia. Dia terpempam. Ah, Kenapa saya buat macam ni? Dia bukan budak-budak untuk saya gula-gulakan dengan makanan dan duit.
Saya mahu berpaling, namun dia terduduk... dan menangis. Saya kaku.

" Allah.. sebenarnya, memang saya berniat buruk dekat awak tadi. Tapi saya tak jadi, sebab saya nampak tasbih awak tu. Saya jadi ingat Allah.."

Saya terkaku. Terasa tak lepas tekak mahu menelan air liur.

" Adik saya sakit dan lapar, rumah kena sita, parent entah ke mana, dan saya..saya..saya.. Arghh!!"

Dia menjerit, dan saya seperti dapat merasa kekalutan dan keserabutan dalam dirinya.

"Saya tak pernah mencuri lagi,,dari minggu lepas saya berniat mahu mencuri atau ragut, tetapi saya tak berani..dan saya tak sangka yang awak akan berikan saya makanan dan duit ni.."

Saya senyum tipis.

" Allah yang nak bagi, sejujurnya saya sendiri tak tahu mengapa saya bertindak begini. Tak pe lah, awak dah try cari kerja? Saudara mara semua?"

Berborak serba sedikit. Saya sampaikan sedikit pesanan Tuhan dan Rasul, dan kemudiannya dia bergegas pergi, lantaran sudah lama meninggalkan adiknya sendirian sakit dan kelaparan.

Saya tidak tahu di mana kesahihan ceritanya, benar atau tidak omongannya, namun sempat saya memberikan nombor Ustaz Amin (Founder Rumah kebajikan) kepadanya, dan nyatanya, lelaki yang sebaya saya itu sudah pun menghubungi Ustaz.


Dan sebentar tadi isteri ustaz amin menelefon saya, ya, kelihatannya ceritanya benar dan dia di terima bekerja menjadi pembantu di situ malah adiknya juga akan menetap di situ. Moga yang terbaik buatnya. Mohon doa kalian.




Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.

Bebelan Mutiara 

1) Alter ego. Tahukah apa itu?
2) To err is human, to forgive divine.
3) Allah, kalau nak beri rezeki kepada kita, bila-bila masa pun boleh, dengan cara yang pelik-pelik pun boleh
4) Begitu juga jika Allah nak tarik rezeki kita, makanan, even dah masuk perut, boleh sahaja akan kita muntah keluar. Jika sudah memang bukan hak kita.
5) Teringat kisah para sahabat, seorang lelaki yang ingin mencuri terung di rumah seorang janda, lantaran takut kpd Allah, dia melangkah keluar dan berpaling dari berbuat jahat. Namun, kemudiannya, Allah bukan sahaja memberinya terung, tetapi seorang isteri yang kaya. :D
6) So, jum lawan perang dengan hawa nafsu kita. Iyarghhhhhhhhhhhhhhhh!! Mungkin tak dapat balasan di dunia, tapi di akhirat, pasti ada.. Pasti! Mujahadah yok!


“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” 
(Surah al-Naziat: 40-41)
 
 
 
 
mutiaraBernilai~




27 org kaki bebel buat bising:

atuk said...

Assalamualaikum MB

Ada pengajaran yg saya perolehi
terima kasih

Kakzakie said...

Menimba pengalaman yg tidak disangka-sangka...

Moga baik semuanya

ghost writer said...

macam drama kan hidup nih.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

Tuhan sudah pun merencanakan semuanya buat kita saat hati kita mula berkira kira.

apa khabar mutiara,sihat? lamanya kamu menghilang.

dan melodi piano tempoh hari dari kamu? sedap bunyinya suka dengar =)

Mutiara Bernilai said...

@Atuk

Sama=sama kita ambil pengajaran dan bermuhasabah ya!

habibi qalbi said...

emmm..speechless membaca kisah ini.. tidak sangka kamu seberani itu..=)..dan keberanian kamu membuka mata saya jangan cepat bersangka buruk pd orang lain..=)

MB,apa tajuk melodi piano yang kamu mainkan tu?alunan yg indah..=)

kamu memang benar mencabar potensi diri sendiri..kagum dgn kamu..

Mutiara Bernilai said...

@ kak zakie..

Lamanye ena tak dengar cerita dr akak..

ya, moga semuanya baik2 belaka..dan akak juga, moga semuanya baik sahaja :D

Mutiara Bernilai said...

@ Ghost Writer

yup, kadang terasa sungguh dramatik..tetapi memang, kadang2 kejutan dan susuanan cerita Tuhan ini tampak dramatik dan sungguh mengujakan!

Mutiara Bernilai said...

@ pembunuh Tanpa Bayang

Betul tu syg!
Selalu juga terjadi pd mutiara,
Seolah2 Allah sedang melihat sejauh mana peperangan di antara iman dan nafsu,,dan saat kita memilih yang putih, tanpa di sangka hadiah Allah dtg serta merta..

Hu, kita tak berapa nak sihat la awak... doakan kita.. :)

Mutiara Bernilai said...

@ Habibi Qalbi..

B, maaf, tak prasan komen kamu..

hm..mB pun x tau dr mana boleh seberani dan sepoyo itu..

entah, mungkin risau kalau kalau tak sempat nak meminta maaf..

best x lagu tu? aha..secret garden :D

Pencari ALLAH said...

Kadang kala apa yang kita rasa adalah pembalikan situasi dengan apa yang terjadi. Maka, ditunjukkan kat situ, kita tiada kuasa untuk merencana kejadian yang belum terjadi. ALLAH yang MAHA BERKUASA merencana segala hal dengan izinNYA.

Mutiara Bernilai said...

Pencari ALLAH


Stuju! siapa kita yang mahu merencana dan menghakimi manusia..kan?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum mb...

terima kasih atas pengajaran yg dititipkan ya :-)

Si Pencerah said...
This comment has been removed by the author.
shameel Iskandar said...

Ini bukanlah kebetulan. Tapi ia merupakan rencana dari Tuhan. Allah Maha Besar dan Allah adalah perancang dan perlaksana yang Maha Sempurna

sisdee said...

Allah yg menggerakkan semua itu. Allah maha berkuasa Subhannallah!! sungguh besar kuasa Allah..

ssungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah baik tapi dikuasai iblis. Memang tiada kebetulan dalam hidup kita semuanya QADA dan QADAR dari Allah!!

Waqheh said...

catatan penuh bergaya...mutiara...awak benar mutiara yg sangat bernilai..teruskan.... dunia perlukan org macam awk ramai lagi utk mengubah dunia...

Cikli said...

bersangka buruk pada pandangan pertama selalu menjadi sesalan saya. tapi tak terbuatlah seperti apa yang diceritakan di atas.
terbaik orang dan kisahnya.

beautiful_rose said...

Tuhan selalu melindungi orang-orang yang tidak pernah melupakan Dia... =)

nahmy said...

bersyukur & berbanggalah bila Allah berikan 'peristiwa' sebegini. ia menandakan Dia mengasihi hamba-Nya. jdkan renungan & acknowledge-lah...

SYARIFF HAIKAL said...

petunjuk itu hanya diberikan oleh DIA kpd sesiapa yg diinginkan..sy beruntung miliki kwn spt kamu...:)

FasiHaH SupiaN said...

alter ego! hehe lama tak dengar tu along...

ariana said...

T.kasih.akak tumpang baca dan ambil pengajaran darinya.

AkuMuzikFilem said...

pengalaman kamu sendiri ya?

alter ego clark kent adalah superman. buat bruce wayne ialah batman. buat kita, tunggulah suatu masa dalam keadaan mendesak, baru kita tahu