09 May 2012

Hujan


Dalam curahan menderu air dari langit, kewujudannya di situ seolah hilang dan menyatu bersama deras hujan, sebati dan menjadi satu. Hujan dan dirinya adalah sama. Hadir dan menyatu bersama dentuman guruh, desus kilat dan angin dingin yang bersilih ganti menjerit dalam relung hatinya, merenjut kuat setiap laluan arterinya. Menyapu air matanya adalah menyapu basah hujan yang tidak sudah-sudah. Mampukah kau keringkan hasil hujan yang tidak ada akhirnya? Memegang kejap bahunya adalah menghangat udara dingin yang tidak akan menguap panas. Lesu dan dingin. dan kau masih mahu cuba menggemgam erat jemarinya walhal ia adalah sama seperti mana kau cuba menggemgam titik-titik hujan. Berelus keluar dan lari menceceh dari celahan tanganmu sendiri.

Dia adalah hari-hari rintik sepanjang tahun. Musim tengkujuh yang tidak akan tamat.

Dan dia adalah si gadis yang bermata bulat, bertahi lalat kecil di hujung sudut senyum bibir, yang memeluk kemas lututnya dalam kuyup, tersendu sendu dalam bahak tawa..


---------------------------------

Omelan di kala hujan. Hujan lebat di sini, Terperangkap, tidak bisa pulang. Ikut hati, mahu sahaja di redah, menikmati anugerah dingin dari Tuhan, tetapi kilat yang berkait-kait membuat hati kecil bertambah kecil. Duduk-duduk sahaja di lab sambil siapkan proposal dan slide presentation.


----------------------------------

mungkin juga Tuhan sengaja mengisolasi aku di ruang gelap makmal ini. agar dengan penjara hujan sementara ini aku mampu menjengah kalian yang sudah lama tidak aku tegur sapa. :D

--------------
Mungkin sudah terlewat. tetapi, oh! Blogger dashboard dah baru ya!? .. kadang aku rasa aku ini sungguh mengasihankan..

9 org kaki bebel buat bising:

Mr.Superman said...

bahasa..ish3..kemain mantap.hahah

lama x jenguk2 belog eh awk? :)miss u ;)

ewanthology said...

selamat berblogwalking ya

pisau belati said...

tidak mengapa mutiara,selesaikan dulu urusan penting kamu,ya.

shameel Iskandar said...

Salam alaik Mutiara.
Lama sy tak datang sini. Kat Ipoh pun selalu hujan skrg ni.

Fasihah Supian said...

lama tak beraksi di dashboard ye along ^^

s a r said...

assalamualaikum :)

erm.. amboi bahasa.
rahmat DIa kan.

rasanya macam lama sangat terperap dalam lab tu eh. :D

Waqheh said...

hujan...
ditengah hari ini
bagai memberi tanda
berahir sebuah l,.;..///

Cikli said...

Hujan sering membuatkan kita berbahasa puitis dari sekala

Ketuk ketuk jari said...

betol 2..
saya pon dh lama xbuka belog dulu..
bila buka tgok dashboard bru..jdi macam 'bengong' cket la...