06 August 2012

Haiku : Buat Aku




I

Semacam ada resah dalam hati. 

                                        note in car, setapak
II
 
Pernah kau rasakan,
Dalam takut dan benci ; timbul juga rasa suka dan mahu?
Dan keduanya bergantian kalah dan menang,
Bersilih antara suka dan benci ; Senyum dan tangis
Walau maklummu,
Benci-lah satu-satu rasa yang perlu kau rasa.. 
Dan manusia buta ini terus terkeliru dan celaru..

                                                                         note, 1st August, gombak
III

Tuhan,
Ada rindu yang tak terluahkan,
Ada mimpi yang tak terlunaskan,
dan ada benci yang tak tertunjukkan,
Maklum akan aku,
Apatah lagi, pasti juga sedalamnya lebih Kau maklum,
Rindu ingin menjadi soleh ; suka dalam maksiat,
Lalu di celah mana akan Kau campakkan aku Tuhan?
Antara neraka dan syurga,
Aku bersangatan-nya memohon,
Campakkan aku dalam Rahman-Nya Kamu..

                                                           note on train, kelana jaya line.
IV


Sedar akan aku,
Hidup ini hanya ada dua jalan,
dua pilihan,
dua matlamat,
dan dua pengakhiran,
oh, dan dua habuan.


jalan syurga dan jalan neraka,
pilihan yang di cinta Allah dan pilihan yang di benci Allah
Matlamat kejayaan dunia dan matlamat kejayaan dunia akhirat
Pengakhiran baik dan pengakiran buruk (husnul khotimah & Su'ul Khotimah)
Habuan neraka dan habuan syurga,


Sejelasnya terpapar,
hanya dua pilihan,
tapi nyata,
yang dua ini-lah paling sukar untuk di buat.


Moga saja, Dia dengan Rahman-Nya,
membantu kita kita ini dalam menerus tulisan amal kitab kanan dan kiri,

                                                                                                               note, Masjid Jamek.
V

Dan setidakmalu-nya memohon,
"Tuhan, padamkan sahaja kitab kiriku" 
                                          note. Cairo


-------------------------------------------------
antara benci dan suka.
mahu pilih yang mana?
Ah!


dan Maher Zain memujuk. :')





12 org kaki bebel buat bising:

abang bro EL said...

salammmm cik pearl..lama tak ke sini harap sihat sihat sahaja...

Kakzakie Purvit said...

Walau qada' dan qadarNya tidak boleh ditepis namun kuatkan naluri yg ada utk terus mencari yg terbaik buat diri MB..

Khairina 'Izzati said...

semoga Allah permudahkan urusan kakak. :)

atuk said...

Salam Nuzul Al Quran MB

Insyaallah
akan senantiasa berada di jalan yg lurus dan diredai oleh Nya

Cikli said...

Bila benci dan suka, itu kadang-kadang chenta

penbiru said...

tudung biru turqoise. jubah hitam. lrt putra. comel manis sederhana damai tenang seperti selalu. aku ingat aku sudah lupa. tetapi rupanya perasaan ini tetap ada. 4 tahun seakannya satu tempoh yang sangat lama. akal ingin berhenti. tapi hati aku degil. ada cadangan?.

nusrah said...

"dan setidakmalu-nya memohon,
Tuhan padamkan sahaja kitab diriku."

errr, terkesan kak. kita hanya punya 2, dah takde pilihan ke-3. T_T

ghost said...

nampaknya kita tak banyak pilihan. tapi cukup untuk memudahkan kita dalam pemilihan. atau mungkin kita sebenarnya tak ada pilihan.

s a r said...

assalamualaikum miss pearl :)

dah ada pilihan di depan mata. mahu atau tidak, betul atau salah je kan.

~lahir rasa konfius nampaknya.

p/s- cairo?

oranglidi said...

tibe2 teringat 'the road not taken'.
smoga berjaya dalam memilih.

Unknown said...

mujur Allah takdirkan 2 pilihan
jika banyak?

Unknown said...

As salam MB,

Sangat berbakat! :))

Faham makna 'hidup' insya'ALLAH pasti mendapat RahmanNYA :)