Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
marilah, marilah tidak kira siapapun engkau,
kelana, abid, pencinta dan berpergian,
ini bukan kafilah yg berputus asa
tidak mengapa walau engkau telah melanggar
sumpah ribuan kali, ayuh
marilah dan sekali lagi, marilah.
Jalaluddin Ar-rumi
Saya sememangnya sedari dulu lagi begitu terpesona dengan rantaian kata Rumi dalam mengolah makna kehidupan sebagai seorang hamba, hamba yang berkelana dalam permusafiran di bumi yang bergelar kehidupan. Ya, hidupnya kita ini hanyalah sebagai satu musafir, hanya duduk sekejap di bumi dalam perjalanan menuju destinasi abadi, yakni akhirah. Namun sayang, acap kali si hamba terlupa hakikat musafir, makanya terburu-buru mengejar dunia, membina itu ini seolah-olah akan tinggal lama di bumi, walhal bumi sekadar satu stesen sebelum sampai ke stesen yang berikutnya, yakni stesen barzakh.
Makanya, permusafiran seharusnya mengajar kita untuk sedar akan persiapan dan perbekalan untuk menuju ke stesen2 yang berikutnya. Meski dalam permusafiran ini sudah Tuhan bekalkan kita dengan Quran dan Sunnah, Tuhan juga bekalkan perlengkapan seperti apa yang ada di muka bumi, di langit malah di antara keduanya, Tuhan bekalkan segalanya untuk kita mentadabbur Quran dan alam dalam mengagungkanNYA.
Kembali kepada Rumi, puisi-puisinya sangat mendalam, transendanse dan melangkaui sifat asli insan yang Allah gelarkan, ya'ni Nasiya, pelupa. Dan dengan sifat pelupa itulah menjadikan insan sentiasa ghaflah, lalai dan lagha. Kalau ingin dibandingkan dengan makhluk ciptaan Tuhan yang lain, sesungguhnya insan itu adalah ahsaanu taqwiim, seindah-indah sempurnanya bentuk ciptaan, sebaik-baik ciptaan kejadian, akan tetapi ahsaanu taqwiim ini jugalah yang akan terjelepok jatuh pada satu gelar yang lain kerana sifat Nasiya-nya itu. Kerana Nasiya-nya manusia itulah, Rumi mulai memanggil untuk si insan yang terjelepok itu bangun dan kembali. Meski jatuh berkali-kali, walau sudah mencuba kembali berulang kali, namun, jangan putus asa, jangan segan dan malu tak bertempat untuk bangkit sekali lagi untuk menemuiNya dengan sesucinya sekeping hati.
kerna kita bukan kafilah yang mudah berputus asa. tak kan berputus asa.
kerna kita bukan kafilah yang mudah berputus asa. tak kan berputus asa.
Mari, marilah,
tak mengapa jika kau sudah acap kali cuba kembali,
tak mengapa jika kau sudah acap kali terjelepok jatuh,
mari, marilah..
kesat air matamu,
mari, marilah,
angkat punggungmu,
mari, marilah,
marilah sekali lagi kembali...
Sekali lagi.
mutiaraBernilai
Bebelan Mutiara
1) Kita memang pelupa, tapi jangn pernah lupa siapa pencipta kita
2) Kembali-bangkit-lupa-lagha-kembali-bangkit....bangkit-kembali
3) Hidayah dtg pelbagai cara, harus mencari bukan hanya menanti.
4) Pernah obses dengan Rumi dan sesiapa yang membaca Rumi. Ah.
5) Yang penting, bukan siapa kamu sekarang, tetapi siapa kamu di akhir detik nafasmu nanti. Maka jangan malu untuk kembali, walau siapa pun kita sekarang
Sedang bersarapan bersama lappy boo.
Kredit to Baihaqi untuk hal Rumi.
Kredit to Baihaqi untuk hal Rumi.
Saya rindu irdinian
Sayang Selalu!
Mutiara Bernilai
Sila baca Bebelan Mutiara, isi penting berada di situ.
71 org kaki bebel buat bising:
sy tertarik dgn bebelan mutiara no 3 tue..mmg benar itu..ia harus dicari dan bukannya dinanti :-)
ye..
bangkitlah walau beribu kali kau jatuh..jgn sesekali kau berputus asa..sesungguhnya hanya dia yg mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya..allahuakbar..
thanks dear..sayu hati baca kata2 kat n3 ni...
Very inspirational. I know for the fact that in life when you are so weak, you happen to fall so many times even though you tried your very best you still do fall.
But always have faith in HIM. HE will always be there for me and this post reminded me of that. :)
well written :)
Assalamualaikum MB,
Kakak datang ni sebab kena panggil dgn kata-kata rumi...
Moga menjadikan kita lebih kental dlm mengharungi hidup dan tidak lupa padaNya....
terbaek
Akak suka dgn kelima-lima " bebelan" mutiara tu..perlu di selam maksud yg tersurat dan tersirat disebaliknya..
tentang rumi tu, tak brp nak tau dan kenal sgt..tp hebat puisi dia ye..
@ sahromnasrudin
tp kebanyakan dari kita banyak yg hanya menanti kan? hu, moga diri tak terlepas pelbagai pintu hidayah. amin
@ nurkass
baik, sentiasa akan cuba bangkit meski kalah dan jatuh berkali2. sama2 kita bertahan dan jadi kuat neh sis..
@ AimanAriffin
weak and fall. over and over again.
jatuh, bangun lagi.
jatuh lagi, bangun lagi.
jatuh-bangun, jatuh-bangun-jatuh-bangun,
jgn penat, kerna kita khafilah yg tak mudah putus asa..
*atoi, tak berapa fasih berbahasa inggeris seperti kamu, Aiman..
@ Kakzakie
wa alaikum salam kakak syg..
wah. rumi memang suka menyentuh dan memanggil hati manusiawi kak.. :)
insyaAllah, moga tak terjatuh pd lubang yg sama.
@ Anonymous
^___^
moga kamu baik2 aja di sana ya!
kalau jatuh, cecepat bangun neh..
@ ariana's
selamat berkenalan dgn Jalaludin Rumi sis..
pakwe lama sy tu.. :P
Assalamualaikum...
Moga MB sihat hendaknya..
Kita sama-sama membukakan hati dan pendengaran kita untuk mendengar seruan kepada Allah. Moga-moga kita sedar dari kelalaian dan terjaga dari tidur, lalu segera untuk beramal bakti agar terselamat dari
bencana-bencana di hari kemudian.
Firman Allah swt: "Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah ia." (QS Ali Imran : 185)
Assalamualaikum,
Di musafiran ini,
Singgah di stesen mutiara,
mencari inti di entri terkini,
buat bekal ke sana.
@ Abd Razak
wa alaikum salam en abd razak,
alhamdulillah sihat, moga2 iman juga semakin sihat dan segar bugar.
benarlah, cukuplah kematian menjadi peringatan yang terbaik buat kita.
@ ahmad humairi
^__^
insyaAllah, meh sama2 kita mencari bekal, tak lama lagi dah nak start gerak ke stesen lain plak. stesen barzakh.
akakkkkkkkkkkk, memang sentiasa perlu diingatkan :)
along....bz ea...yup, betul tue...walau siapapun kita, dimana pun kita, jgn lupa siapa pencipta kita...
with luv along!
@ aliarosli
adik comelll..
^__^
mmg kna sentiasa ingat mngingatkan.
manusia kan pelupa. Aish!
@ FasiHaH SupiaN
xde la bz sgt. tengah lunch hour ni syg..
hu. tp, hati ni kadang lupa diri gak. selalu curang dgn tuhan.
hu~
syg alang
hidup manusia yang normal ada naik dan turunnya. barulah kita rasa diri kita ni hamba...
salam mutiara,
kak ati ni sering tak sempat membaca buku
jadi cari ilmu di blog2 sajelah :)
hi,tumpang stalk jap..
ok.sambung bace entry lepas:p
thanks sharing
=)
@ gadisBunga
kerana kita ini manusia kan?
memang terpalit juga dosa.
@ Ati Masrif
takpe kak,
apa yg kita tahu,
sama2 kita kongsi,
sy pon byak benda tak tahu,
akak pulak topup untuk sy ..
@ fz
stalk la.
ahha.
salam kenal endorfin biru :)
@ Suhami Ahmad
^_________^
sharing is caring!
mina kena baca dua kali utk pemahaman
bebelan mutiara tu sgt menikam dlm hati ni...hidayah dtg dlm pelbagai cara...cuma terpulang pd diri kita utk mencarinya.
jika dah jumpa, amat rugi jika ia diabaikan
sesuatu yang mudah untuk diterjemahkan namun begitu perit untuk diakui...
My dear mutiara.. macam terkena ataih batang hidung sendiri..
kembali-bangkit-lupa-lagho-kembali-bangkit-lupa-kembali.... aduhh..
berdoa sungguh-sungguh, moga pengakhiran yang baik buat kita...insyaAllah..
Thanks my dear.. for this beautiful sharing..
Salam ziarah Mutiara.
"Hidayah dtg pelbagai cara, harus mencari bukan hanya menanti."
Saya tertarik dgn kata-kata ini sebagaimana saya tertarik dgn Jalaludin ar-rumi, penyair sufi dari parsi( jika tak silap).
Jalaludin juga ada bermadah " tanpa cinta, dunia akan membeku" tntu sahaja cinta yg jalaludin maksudkan begitu luas maknanya. seluas buana dan samudera.
Tentang hidayah yg aneh.
http://www.bicaradariaku.com/2010/01/sudah-kehendak-nya.html
indah mutiara.
semuanye indah tentang puisi2 dia..
"Yang penting, bukan siapa kamu sekarang, tetapi siapa kamu di akhir detik nafasmu nanti. Maka jangan malu untuk kembali, walau siapa pun kita sekarang"
well said pearl
cantik... rumi itu indah bagi mereka yang baru menapak... dan rumi itu akan lebih indah bila melangkah yakin dan apapun yg kita miliki adalah zat@hadiah dari dia....
hebat susunan kata-kata,malah tergabung dengan emosi yang mengenggam semangat.
@ KUREKURE COMEL
kadang hidayah dtg aje kat kita. tp mata hati xmo celik..xmo amek hidayah tu..
sob2. mutiara la tu,
@ Republic Aku
sumtime kerana terlalu mudah tu la yg buat kita selalu amek mudah. kan?
hu~
@ Afida Anuar
lumrah manusia yg pelupa, saat lupa maka lagha-nya mencanak2, saat ingat maka air mata kesalnya berlumba2 turun.
apa yg penting, jgn pernah putus asa dgn rahmatNYA.
syg kamu dear afida.
@ shameel Iskandar
Salam ukhuwah saudara shameel Iskandar.
Rumi, indahnya susunan katanya kerana Rumi sendiri sedang hanyut bersama keindahan cinta dengan Si Pencipta. Jadi indah segala lantaran Sang Maha Indah sendiri mencintai Sang Rumi.
Allah..
Jauh benar kadang diri tersasar, saat hidayah dtg, mata hati pula di butakan malah telinga juga di pekakkan.
~
@ Seroja Jingga
akak syg,
hu, sangat indah kan?
Mutiara dah jatuh cinta.
mari sis, kita kejar hujung nafas yang indah!
@ Cik Bidadari
hanya mampu tersenyum. indah segala andai benar2 kerana Dia..
@ ghost writer
emosi yang membangkit semangat. tepat sekali ghost! kata-kata Rumi memang hebat bg Mutiara. Sangat hebat.
sebaik-baik manusia , tidak akan pernah lari dari kesilapan , walau sehebat manapun kita , ingatlah tiada kuasa yg mampu menandingiNya .
*indah sungguh bait-bait kata yang digunakan . hee :)
saya juga sellau lupa pada pencipta
barangkali maksudnya 'marilah bertaubat' walopon seribu kali terjelepok membuat kesalahan dan dosa
@ ika
kerana kita ni manusia kan ika?
manusia yg sentisa berperang dengan iman dan nafsu.
^__^
selamat berperang!
@ IMANSHAH
sy lagi la cikgu. selalu sangat lupa dan kadang buat2 lupa..
hu~
@ cemomoi
yes dear,
itulah maksud sebenar..
taubat =kembali..
Indah untaian kata-kata yang di lafazterakan oleh sang pemuisi itu..
hingga akan hamba yang membaca...pesonanya meresap ke jiwa...
salam ukhwah wahai penglipurlara...
Salam MB...,
I like and enjoy this en3...
@ Pendekar Berkuda
salam ukhuwah juga,
hm,moga jiwa yang terpesona akan lebih menerjang penuh azzam untuk terus kembali bersama sesucinya sekeping hati..
^__^
@ azmnor
moga Allah redha sama kamu dan aku.
amin.
bahagian paling susah, bukan ketika jatuh.
bukan ketika bangun dari jatuh.
tapi ketika kau selepas jatuh. kau baring. kau fikir, apa kau mahu cuba bangun, atau terus baring selama mungkin.
benar..
dont care where u come from
care where u going to
@ HEROICzero
uwaaaa!
nak nanes.
betul, tepat sekali.
kadang2 siap guling2 lg..
hu!~
@ delarocha
moga penghujung nafas mutiara dan semua org akan baik2 sahaja.
amin,.
nice sis.. ^^ *erk, sis or bro..?? hehehe
siapa rumi ?
@ Ayie
hehe. bro bley, sis pon bley.
oh. statement apakah itu.,
haha!
@ Encik Psychopath
rumi :penyair ahli sufi, dan beliau juga adalah seorang guru besar sebuah madrasah dan menjadi rujukan dalam mazhab hanafi, ayahnya digelar Sulthanul Ulama (sultan ulama')
aku juga sangat mengaguminya...
@ Pembunuh Tanpa Bayang
*senyum*
aku juga..
indah.
bnyk yang aku pelajari disini
terima kasih mutiara..
ah indah nama..setulus hati kamu
jalaluddin ar rumi..
puisinya ada diselitkan di dalam film perempuan berkalung sorban,bukan ?
hurm,selalu lupa tentang tanggungjawab sebagai musafir.
dan ya,selalu terburu-buru mengejar duniawi yang semakin galak memainkan kita.
haih.
somehow saya harap saya punya hati yang lebih kukuh.
assalamualaikum
salam ziarah di pagi khamis...
MUTIARA: INSAN MUDAH LUPA EVEN MKN KISMIS BNYK2 PUN)
@ diana
^_^
TQ dtg sini sis diana,, :)
@ betty
ah. aku juga masih sedang belajar..
^__^
ayat kamu indah-indah belaka. saya menulis puisi :)
cntik ayat..suka la..heheeee
cntik ayat..suka la..heheeee
Post a Comment